Powered by Blogger.

Friday, June 21, 2019

Video: Samseng Jalan Dicekup, Ini Punca Kenapa Lelaki Ini Bergaduh Ditengah Jalan


LELAKI yang terbabit dalam insiden pergaduhan di hadapan deretan kedai di Jalan Dataran Cheras 2, Cheras Traders, Balakong, Kajang malam tadi ditahan polis hari ini.

Lelaki berusia 44 tahun ini ditahan di Taman Putri Jaya, Batu 9 Cheras, 4.20 petang tadi.

“Soal siasat awal mendapati suspek mengaku terbabit dengan kes yang disiasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan keterangan mangsa, insiden berpunca rasa tidak puas hati berkaitan potong barisan ketika keluar simpang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323/160 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencederakan dan bergaduh. - Harian Metro