Skip to main content

Allah Ambil Ayah, Tapi Kurniakan Anak - Putra Amaris


Pelakon Putra Amaris reda menyambut lebaran kali ini tanpa ayah di sisinya.

Namun begitu, pelakon itu percaya setiap yang berlaku ada hikmah dan terbaharu dia dikurniakan anak lelaki Putra Asytar.

“Alhamdullilah baby (Putra Asytar) sudah masuk lima bulan dan saya bersyukur dengan kehadirannya.

"Dia (Putra Asytar) sedikit sebanyak dapat bantu kurangkan kesedihan saya terhadap pemergiaan ayah,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pemilik nama penuh Muhammad Amran Ismail, 34, juga sempat berkongsi saat manis bersama ayahnya.

“Saya dengan arwah ayah seperti belangkas, kami memang rapat. Kami juga selalu berkongsi masalah bersama.

“Arwah ayah selalu minta saya supaya menjaga diri, jaga emak dan jaga keluarga,” katanya dalam nada sebak.

Tambah Amaris, kewajipannya kini lebih untuk mengembirakan ibunya.

“Ibu dengan arwah ayah terlalu rapat. Saya sedar ibu juga banyak bersedih selepas ayah pergi.

“Jadi saya rasa tanggungjawab untuk sentiasa ada di sisi ibu supaya dia tidak rasa sunyi,” katanya.

‘Jangan takut kahwin muda’

Pelakon drama Andainya Takdir 2 itu, turut menasihati pihak artis supaya tidak takut untuk berkahwin pada usia muda.

“Kepada selebriti, jangan takut untuk berkahwin kerana saham atau publisiti jatuh.

“Rezeki kalau tuhan nak beri tidak akan pernah salah alamat dan perkahwinan itu juga satu pembuka pintu rezeki buat kita sebenarnya,” katanya.

Menurut Amaris, dia melihat ramai selebriti memilih untuk tidak berkahwin kerana dikatakan ingin fokus untuk kerjaya.

“Ya benar, kerjaya itu betul, namun jangan jadikan itu sebagai alasan untuk tidak berkahwin.

“Selepas kahwin nanti mungkin tidak biasa tapi lama-lama kehidupan akan jadi seronok dan meriah,” katanya. - Malaysiakini (BM Version)

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut