6 Gambar: Mak Nyah Kahwin Penkid Tular


Perkahwinan merupakan penyatuan antara dua hati lelaki dan wanita. Dalam agama Islam, antara syarat sah nikah ialah pengantin lelaki dan wanita, ijab kabul, saksi serta wali.

Jika cukup kesemuanya, pernikahan dikira sah dari segi agama dan undang-undang. Sejak beberapa hari ini, telah tular gambar-gambar perkahwinan seorang lelaki berpewatakan wanita (pondan) bernikah dengan wanita berpewatakan lelaki (pengkid). 

Hal tersebut telah berlaku di Sabah dan perkahwinan itu meriah dihadiri saudara mara mereka.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh adik pengantin yang dikenali sebagai Alonk BoySalleh, kakaknya yang juga seorang wanita berpewatakan lelaki telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang jejaka ‘lembut’ yang memang berpakaian seolah-olah wanita. 

Namun, semasa hari pernikahan dan persandingan, mereka berdua kembali kepada fitrah asal dengan berpakaian sebagai seorang lelaki tulen dan pengantin perempuan manis bertudung.

Pengantin lelaki yang menggunakan nama Pyeah Sandha di Facebook nyata kacak dalam persalinan lelaki dan isterinya yang dikenali sebagai Chuck Chit di Facebook manis bertudung dan teserlah keayuannya.

Walau bagaimanapun, rakan-rakan daripada mereka turut mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan tersebut. Perwatakan mereka yang ‘tertukar’ itu menyebabkan ia kelihatan pelik dan membuatkan sesetengah pihak sukar memahami keadaan tersebut. Apa-apa pun selamat pengantin baru. -Kredit: Kaki Tular