Powered by Blogger.

Wednesday, January 2, 2019

Tak Seksi Pun, Hanya Celana Pendek Je. - Elizabeth Tan


KUALA LUMPUR: Dikatakan sering menyerlahkan imej seksi dan menggoda setiap kali tampil dengan single terbaru, namun andaian itu bukan masalah besar buat Elizabeth Tan.

Pendekatan yang sama turut digunakan ketika promosi single terbarunya, Semua Sudah apabila penyanyi yang mesra disapa Lizzy itu hanya mengenakan kemeja lengan panjang dan singlet untuk sampul lagu itu.

Biar apa juga persepsi umum, Elizabeth, 25, yang popular dengan lagu Police Entry berkata, dia tidak terdesak mencari publisiti murahan untuk memperkenalkan lagu.

“Saya tidak rasa imej itu terlalu seksi. Mungkin tidak ramai yang tahu, saya sebenarnya memakai celana pendek ketika sesi penggambaran dijalankan.

“Lagipun, foto itu hanya untuk promosi muzik video terbaru yang bakal dimuat naik di YouTube, tidak lama lagi.

“Saya tampil begitu untuk disesuaikan dengan lagu dan muzik videonya yang turut menyelitkan sedikit elemen seksi, terutama dari segi pergerakan,” katanya.

Elizabeth berkata, dia juga tidak kisah apabila segelintir pihak membuat andaian dia sengaja menjadikan isu foto seksi itu sebagai pelaris single terbarunya.

Katanya, setiap individu bebas membuat tafsiran dan dia tiada hak untuk menghalang mereka. - Berita Harian Online