Skip to main content

Ultras Malaya Selamatkan Isteri Tan Cheng Hoe Dari Penyokong Vietnam


TINDAKAN berani sekumpulan penyokong Malaysia termasuk Ultras Malaya berjaya menyelamatkan isteri jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe, Jocelyn Tan daripada detik mencemaskan ketika cuba memasuki Stadium Nasional My Dinh malam tadi.

Dalam insiden yang berlaku jam 7 malam itu, kenderaan yang dinaikinya bersama keluarga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dirempuh penyokong Vietnam ketika terperangkap di luar stadium.

Ia berlaku selepas kenderaan van 16 penumpang yang mereka naiki gagal mengikut kenderaan pengiring dari belakang akibat kesesakan yang teruk sebelum aksi final kedua Piala AFF bermula jam 8.30 malam.

Jocelyn yang menceritakan detik cemas itu berkata, sekumpulan Ultras Malaya melindungi van mereka daripada terus dirempuh ribuan penyokong Vietnam yang berang kerana menghalang perjalanan mereka masuk ke stadium.

“Saya nak ucapkan terima kasih buat Ultras Malaya sebab selamatkan kami, beri kami laluan terutama ketika cuba melindungi kenderaan kami daripada diasak penyokong Vietnam. Saya sangat terharu,” katanya yang pertama kali mengikuti suaminya ke perlawanan di tempat lawan.

“Walaupun lebih kurang setengah jam kami terperangkap, mereka (Ultras Malaya) buat kami rasa selamat.”

Sementara itu, seorang  penyokong Ultras Malaya, Faizal Osman yang berada di tempat kejadian mengakui cuba membantu selepas mengetahui isteri dan anak-anak Hamidin menaiki kenderaan itu.

“Apabila kami tahu ada ahli keluarga presiden FAM dalam kereta itu, kami cuba menghalang rempuhan penyokong Vietnam yang ingin masuk ke dalam stadium.

“Mujur tiada di antara kami yang kena pukul teruk, cuma ada yang mengasak-asak kami, tolak-tolak dan ada juga yang kena baling botol.

“Tapi kami rasa ini tugas kami untuk melindungi orang kita, lagi-lagi bila tahu ada keluarga presiden FAM di dalamnya (kereta). Kami cuba membuka laluan kepada kereta itu untuk keluar dan akhirnya berjaya,” katanya.

Dalam insiden itu juga, seorang jurugambar dari Malaysia Khairil Jaafar mengalami kerugian RM800 selepas peralatan kamera miliknya rosak ketika diasak penyokong Vietnam.

“Memang ketika kejadian itu saya berada hampir dengan kenderaan yang membawa isteri jurulatih Cheng Hoe dan keluarga presiden FAM. Memang situasi agak teruk sehingga rosak ‘flash’ kamera saya,” katanya.

Pada aksi final kedua Piala AFF itu, tuan rumah Vietnam menang 1-0 ke atas Malaysia untuk bergelar juara menerusi agregat 3-2. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...