Skip to main content

Media Sosial Punca Penceraian Setiap Hari Di Malaysia


PERMOHONAN cerai diterima Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu setiap hari dengan majoriti  pasangan terbanyak berumur antara 30 hingga 50 tahun.

Wan Mohd Zakri berkata, media sosial juga turut menjadi antara faktor yang menyebabkan perceraian.

Ketua Hakim Syarie Terengganu Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, ia membabitkan permohonan cerai taklik dan kes perceraian di luar mahkamah dengan tiada kesefahaman antara pasangan menjadi punca utama penceraian.

"Biasanya dalam permohonan, pasangan akan menjadikan tiada persefahaman namun selepas diselidik, timbul sebab-sebab lain seperti suami tidak memberi nafkah dan curang.

"Selain itu pertambahan kes juga disebabkan masyarakat semakin sedar akan hak dan kebajikan mereka dan mereka tahu apa yang perlu dilakukan jika berlaku perceraian,” katanya pada Majlis Makan Malam Sempena Penubuhan Persatuan Pegawai Syariah Negeri Terengganu (PPSNT) di Kuala Terengganu malam tadi.

"Trend penggunaan aplikasi seperti WhatsApp dan Facebook boleh mengundang kepada keraguan pasangan yang secara tidak langsung mendorong kepada perbuatan curang apabila perhubungan biasa bertukar menjadi perhubungan mesra.

"Saya akui isu adanya Facebook dan WhatsApp menyebabkan berlaku salah faham suami isteri sehingga membawa kes itu ke mahkamah seterusnya menyumbang kepada faktor yang membawa penceraian.

"Kalau tidak digunakan dengan cara yang baik, jadi itu antara perkara yang boleh berlaku, semakin berkembangnya sistem, semakin timbul kesan sampingan.

"Ada keburukan itu dan tidak boleh dinafikan tapi saya tidak kata buruk tetapi membawa kesan buruk jika disalahgunakan," katanya

PPSNT ditubuhkan pada Jun 2017 bagi mengumpul pegawai syariah negeri selain dapat menjalankan aktiviti yang dapat membantu masyarakat menyelesaikan masalah dalam bidang mereka.

Beliau menganggap ia suatu perkembangan yang baik kerana masyarakat sudah mula celik mengenai undang-undang atau tuntutan yang mereka boleh lakukan selepas perceraian berlaku. Sumber: Mymetro - Editor: Amylea Nazrul

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...