Powered by Blogger.

Sunday, September 30, 2018

Video: Wanita Maki Ibu Mengandung Digantung Tugas

KAKITANGAN syarikat telekomunikasi, Maxis digantung tugas selepas video tindakannya mengherdik pekerja secara tidak beretika termasuk terhadap wanita hamil tular di media sosial.

Video berdurasi satu minit 36 saat itu memaparkan wanita dipercayai majikan kepada dua pekerja wanita terbabit, mengherdik dan memarahi mereka akibat gagal mematuhi arahan dan tugasan.

Wanita terbabit berkata: "Kamu duduk di sini dan hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) sekarang! Tengok sini, kenapa kamu tidak boleh buat apabila saya suruh kamu lakukannya?
"Kamu (wanita hamil)! Apa yang kamu pandai buat?" kata wanita itu.

Susulan kejadian itu, Maxis menerusi akaun Twitter mengeluarkan kenyataan berhubung insiden terbabit.

"Baru-baru ini, sebuah video berhubung insiden di tempat kerja telah menarik perhatian kami.

"Kami kesal dengan insiden terbabit yang kini dalam siasatan. Sementara itu, pekerja terbabit telah digantung tugas.

"Insiden itu tidak mencerminkan nilai syarikat, sebaliknya kami mengamalkan nilai bersemangat tinggi, positif dan persekitaran kerja yang harmoni bagi semua pekerja," katanya.

Maxis juga sudah menghubungi pekerja yang terjejas selain menyatakan kekesalan terhadap kejadian itu.