SPRM Panggil Najib Berkaitan Tiga Pertuduhan Rasuah SRC


Datuk Seri Najib Razak dijangka dituduh lagi di mahkamah esok atas dakwaan kesalahan berhubung SRC International Sdn Bhd. mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Bekas perdana menteri itu telah diminta hadir ke sebuah pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) hari ini untuk lanjutan soal siasat dan dimaklumkan berkaitan pertuduhan esok di situ.

Sebelum ini beliau telah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa ketika menjadi Perdana Menteri.

Sumber memberitahu, Bekas perdana menteri itu dipanggil bagi membolehkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mendapatkan maklumat terperinci mengenai kesalahan berkaitan di bawah AMLA.

Najib dipanggil bagi memberikan keterangan berhubung tiga pertuduhan dakwaan rasuah berkaitan SRC yang sedang dijalankan oleh SPRM dan akan dibebaskan sekiranya proses siasatan berjalan lancar.

Tiada sebarang perancangan untuk menahan bekas perdana menteri itu dan hanya untuk merakam percakapan dan ambil keterangan Najib bakal dibawa ke mahkamah esok.