Skip to main content

Najib Mengaku Bayar Gaji Arul Kanda Sebanyak RM5 Juta


Arul Kanda terima gaji sebanyak RM5 juta selama 6 bulan ketika menjadi pegawai eksekutif 1MDB kerana bayaran tersebut dikatakan setimpal dengan tanggungjawab serta peranannya dalam syarikat itu.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan telah mempertahankan pembayaran gaji kontrak terhadap bekas pegawai eksekutif 1MDB, Arul Kanda kerana menurut beliau pembayaran jumlah gaji tersebut adalah satu perkara yang baik dan setimpal dengan tanggungjawab serta peranan yang dipikul oleh Arul di dalam syarikat berkenaan.

"Bayaran tersebut perlu dinilaikan dalam konteks yang positif kerana ia tidak setanding kejayaan Arul dalam menguruskan 1MDB", kata Najib sebagai mempertahankan pembayaran gaji yang di buat ke atas Arul.

Menurut Najib ketika ditemui di perkarangan lobi parlimen memberitahu  bahwa Arul telah berjaya mengurangkan hutang syarikat daripada RM50 bilion kepada RM30 bilion dan dia layak menerima gaji tersebut atas kejayaannya itu.

Malah Menteri Kewangan Lim Guan Eng juga turut memberitahu pada semalam bahawa Najib amat menyetujui pakej gaji RM5 juta yang diberikan kepada Arul.

Lim juga turut mendedahkan bahawa separuh daripada bayaran tersebut telah pun dibuat vagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Malah baki sebanyak RM2.5 juta tersebut sepatutnya dibayar kepada Arul selepas 30 Jun 2018 tetapi ianya tidak berlaku kerana telah pun bertukar kerajaan.

Malah ketika diminta mengulas lebih lanjut, ahli parlimen Pekan itu memberitahu bahawa walau sebanyak mana pun jumlah yang diterima olehnya itu adalah lebih kecil jumlahnya jika dibandingkan dengan pendapatan yang diterima oleh beliau sebelum mengendalikan 1MDB.

"Beliau menerima gaji yang lebih tinggi dan lumayan ketika bekerja di sebuah bank di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan beliau sanggup melepaskan jawatannya itu untuk berkhidmat di dalam 1MDB,"katanya lagi.

Malah ketika ditanya tentang dakwaan beliau telah berkunjung ke China bagi bertemu Low Teak Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, najib hanya menafikan dakwaan tersebut dan enggan mengulas lanjut dengan mengatakan "Tidak". - Free Malaysia Today

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...