Skip to main content

Mohd Nazlan Hakim Baru Kes Najib


Mohd Nazlan Mohd Ghazali Hakim Mahkamah Tinggi, dilantik menjadi hakim baru kes bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang akan mendengar pada hari Rabu 8 Ogos.

Pelantikan Mohd Nazlan akan mendengar kes Najib yang didakwa atas tiga pertuduhan jenayah pecah amanah dan satu tuduhan penyalahgunaan kuasa.

Menurut laporan Malaysiakini, Mohd Nazlan akan menggantikan Datuk Sophian Abdul Razak yang sebelum ini mengendalikan kes perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketika itu Datuk Seri Najib Razak meminta untuk dibicarakan atas pertuduhan tersebut.

Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendapat pendidikan di University Oxford akan mengetuai pengurusan kes Najib pada hari Rabu 8 Ogos.

Hakim Nazlan, 51, bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan memegang ijazah sarjana muda sastera dalam bidang undang-undang dan sarjana sastera daripada Universiti Oxford. Beliau ialah seorang barrister di Law of Lincoln's Inn.

Hakim Mohd Nazlan pernah menjadi pengamal undang-undang di Zaid Ibrahim & Co selama lima tahun.

Sebelum menyertai badan kehakiman, hakim Nazlan juga pernah berkhidmat di Suruhanjaya Sekuriti sebagai ketua penguatkuasaan dan kemudian beliau berpindah ke Maybank bagi menyandang jawatan ketua perkhidmatan korporat dan perundangan, peguam umum serta naib presiden eksekutif bank itu. - Malaysiakini 

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...