Skip to main content

Khalwat: Remaja Berusia 16 Tahun Ditahan Bersama Lelaki Berusia 21 Tahun


Kulim - Seorang remaja wanita berusia 16 tahun telah ditangkap khalwat bersama pasangannya yang berusia 21 tahun di sebuah hotel bajet di sini.

Pasangan tersebut dikatakan sanggup datang sejauh 32 kilometer dari Selama, Perak ke Kulim semata-mata untuk melakukan perbuatan tidak bermoral tersebut pada malam tadi.

Pasangan tersebut adalah merupakan salah satu daripada tiga pasangan yang telah ditahan oleh Pejabat Agama Daerah Kulim, Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) ketika serbuan Ops Bajet 2 dilakukan pada pukul 11.30 malam hingga 3 pagi di dua lokasi berasingan iaitu di Lunas dan Keladi.

Menurut pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin Mat Saad memberitahu bahawa ketika soal siasat awal ke atas remaja perempuan terbabit mendapati bahawa dia yang tidak lagi bersekolah telah datang ke Kulim dari Selama, Perak bersama teman lelakinya.

“Selain itu, turut ditahan di hotel bajet sekitar Lunas pasangan membabitkan remaja perempuan berusia 18 tahun dan lelaki berusia 19 tahun.

“Kedua-dua pasangan terbabit mendakwa datang ke daerah ini untuk bersiar dan makan malam sebelum berehat di hotel berkenaan dengan kadar sewa bilik RM25 sejam,” katanya.

Menurut Anwar, pada mulanya pekerja hotel di Lunas berkenaan enggan memberikan kerjasama ketika serbuan dibuat dengan mengatakan bahawa kesemua bilik di premis berkenaan adalah kosong.

Manakala serbuan yang dibuat di Keladi pula berjaya menahan sepasang pasangan yang masing-masing wanita berusia 23 tahun dan lelaki berusia 44 tahun kerana ketika serbuan mereka berada dalam bilik berdua-duaan tanpa ikatan perkahwinan yang sah.

"Semua pasangan yang ditahan dibawa menaiki van jenazah ke Balai Polis Kulim bagi membuat laporan tangkapan dan rekod.

"Kedua-dua hotel ini memang menjadi sasaran pasangan melakukan maksiat kerana mengenakan kadar sewa mengikut jam dan sudah sering diserbu pihak berkuasa," katanya.

"Jika sabit kesalahan mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 25(a)(b)Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana berkhalwat.

"Kita akan terus memantau kegiatan jenayah syariah di daerah ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat berlakunya maksiat boleh memaklumkan kepada kami," katanya. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...