Skip to main content

Hairul Dan Ammar Akan Dipanggil


PIHAK berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan memanggil pelakon filem PASKAL, Hairul Azreen dan Ammar Alfian untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat.

Ia susulan kenyataan Hairul yang mendakwa dia dan Ammar hampir menjadi mangsa culik lanun ketika penggambaran filem itu di kawasan perairan Semporna, baru-baru ini.

Komander ESSCOM, Datuk Hazani Ghazali berkata, kenyataan kedua-dua pelakon terbabit akan dirakamkan di Ibu Pejabat ESSCOM di Lahad Datu.

"ESSCOM akan memanggil kedua-dua pelakon itu untuk rakam keterangan mereka dalam masa terdekat ini di Ibu Pejabat ESSCOM," katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Semalam, Hazani menyifatkan kenyataan Hairul yang mendakwa hampir menjadi mangsa culik lanun ketika penggambaran filem PASKAL sebagai tidak berasas.

Hazani dilaporkan berkata, sepanjang penggambaran filem itu di kawasan yang dirujuk sebagai pelantar Tun Sharifah Rodziah (TSR), pelakon serta kru produksi disertai oleh pasukan keselamatan terlatih iaitu Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan meminta semua pihak berhati-hati membuat kenyataan terutama membabitkan isu keselamatan negara.

"Kenyataan pelakon ini juga amat mengelirukan walaupun ia mungkin hanya gimik promosi filem dan janganlah menggunakan kenyataan ini hanya untuk publisiti murahan bagi menarik minat penonton yang dijangka ditayangkan pada September depan.

Sebelum ini, Hairul Azreen dan Ammar Alfian melalui detik cemas apabila hampir menjadi sasaran culik lanun ketika menjalani penggambaran filem Paskal di Semporna, Sabah.

Hairul, 30, berkata, pendedahan itu disampaikan kru produksi selepas selesai penggambaran di sebuah pelantar minyak di tempat terbabit, beberapa bulan lalu. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...