Video Wanita Hampir Hilang Jari Ketika Bagi Makan Ikan Yu



Canberra - Seorang wanita yang sedang menghayati percutiannya yang menyeronokkan bertukar mengerikan apabila dia hampir kehilangan jarinya ketika sedang memberikan makanan kepada ikan.

Menurut laporan dari Daily Mail, wanita tersebut yang dikenali sebagai Melissa Brunning berasal dari Perth Ham  di Australia sedang berjalan-jalan di wilayah terpencil Dugong Bay ketika video terbabit berjaya dirakamkan.

Ketika kejadian dikatakan Melissa cuba untuk memberikan makan kepada ikan Yu dengan menggunakan tangannya sendiri kerana ingin merasakan momen memberikan ikan tersebut makan.

"Kejadian tersebut berlaku dengan pantas sekali dan saya hanya memikirkan kehilangan jari kerana ketika ianya menggigit jari saya seperti ia telah menarik tulang saya," katanya.

Yu Tawny Nurse sebenarnya telah di anggap sebagai satu spesis ikan yu yang sangat tenang dan jinak namun ikan terbabit masih memiliki susunan gigi yang setajam pisau.

Ketika kejadian Melissa hanya sempat memikirkan bahawa dia akan kehilangan jarinya  namun begitu beliau dapat ditenangkan selepas seseorang telah memeriksanya.

"Saya sangat takut kehilangan jari ketika itu sampaikan saya tidak berani langsung nak tengok jari saya,"katanya lagi.

Video detik-detik cemas tersebut berjaya dirakamkan dengan menggunakan telefon bimbit dan melalui video tersebut dapat dilihat keadaan Melissa yang menjerit-jerit ketika dia ditarik ke dalam air oleh ikan tersebut.

Namun begitu tindakan pantas krew kapal bersama teman-temannya sempat  menyelamatkan Melissa dengan menariknya daripada terus terjatuh ke dalam laut bersama ikan Yu tersebut.

Akibat daripada kejadian tersebut, Melissa mengalami luka, patah tulang, tisu terkoyak serta jangkitan di jari.

Kejadian ini dikatakan bukanlah berpunca daripada ikan Yu berkenaan tetapi salah Melissa sendiri kerana dia seharusnya menyedari bahaya memberikan makan dengan menggunakan tangan dan sepatutnya hanya meletakkan ikan tersebut potongan ikan tersebut di hadapan ikan Yu berkenaan.

"Ini bukanlah serangan ikan Yu tetapi ianya hanyalah kerana kebodohan seorang wanita berambut perang,"kata Melissa sendiri..

"Ketika anda berada di air, Yu berada di rantai teratas dalam rantai makana dan itu merupakan kawasan mereka. Kita tidak seharusnya berada di air kecualilah kita mempunyai insang,"katanya lagi. - Online News