Skip to main content

Video: Pelakon Wanita Bergaduh Dengan Bekas Suami Berebut Anak.



Tular di media sosial sebuah video pergaduhan antara seorang pelakon drama yang dikenali sebagai Balkisyh Semundur Khan bersama bekas suaminya Mohamad Aizad Rosly mengenai isu perebutan anak-anak.

Menerusi video terbabit dapat dilihat pergaduhan antara mereka berdua apabila Aizad yang datang bersama perintah mahkamah untuk mengambil anak-anaknya tetapi telah di halang oleh Balkish yang tidak membenarkannya berjumpa dengan anak-anak.

Walaupun selepas mendapatkan perintah dari mahkamah untuk mengambil anak-anak tetapi Balkish dilihat masih berdegil tidak mahu memberikan anak-anak kepada Aizad malah dilihat tindakan Balkish yang telah bertindak kasar dengan menendang Aizad.

Video tersebut telah di muat naik oleh Aizad sendiri menerusi akaun facebook miliknya Aizad Rosli, malah selain video tersebut Aizad juga turut memuat naik screen shoot perbualan antara dia bersama dengan Balkish.

Melalui kapsyen yang di muat naik oleh Aizad jelas menunjukkan kerinduannya terhadap anak-anak yang telah lama dia tidak dapat bertemu hanya kerana Balkish yang tidak membenarkannya untuk bertemu dengan anak-anak.

Malah melalui screenshoot perbualan mereka menunjukkan sikap Balkish yang memaki hamun Aizad dengan menggambarkan bahawa Aizad bukanlah seorang ayah kepada anak-anaknya serta dia merupakan seorang yang tidak bertanggung jawab dan sering mengabaikan anak-anak.

Walaupun melalui perbualan mereka dapat dilihat Aizad yang cuba berlembut dengan Balkish tetapi hanya dibalas dengan kekasaran serta caci maki oleh Balkish yang tidak membenarkan Aizad untuk berjumpa dengan anak-anak.

Pergaduhan antara mereka telah mendapat pelbagai komen balas daripada netizen yang rata-rata meluahkan kekesalan dengan sikap mereka yang bergaduh di depan anak-anak, malah ada yang menasihatkan Aizad supaya tidak memuat naik pergaduhan mereka yang di anggap memalukan bekas isterinya.

Malah seorang kawan sekolah Balkish, She Ma Sakura telah memberikan komen bahawa Balkish tidak akan mengamuk sampai begitu sekali jika tiada orang yang usik dia malah dia juga turut menasihatkan Aizad supaya menjaga aib Balkish yang pernah bergelar ister dia. Online News

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...