Skip to main content

Video Ellie Suriati Nafi Cetus Provokasi Dan Buat Kecoh Di Mahkamah.



Ellie Suriati Omar menafikan beliau mencetuskan provokasi sehingga menyebabkan keadaan di mahkamah berkenaan bertukar kecoh.

Menurut laporan Malaysiakini. Pelakon dan pengarah filem terkenal itu hadir di Mahkamah Kuala Lumpur sebagai penyokong bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak

Ellie antara puluhan penyokong Najib yang melaungkan perkataan hidup Melayu dan bahasa Melayu berulang kali sebelum sidang media Peguam Negara, Tommy Thomas.

Sorakan kuat yang bergema di lobi mahkamah menyebabkan sidang akhbar Tommy terganggu dan terpaksa dipindahkan ke luar Mahkamah Tinggi Jenayah 3.

“AG nak cakap bahasa Inggeris (tapi) saya nak dengar dia cakap bahasa Melayu. Dia kan AG jadi kenalah berbahasa Malaysia. Tapi dia (nak) cakap Inggeris sebab tu lah semua jerit bahasa Melayu, bahasa Melayu.

“Jadi mungkin saya cakap kuat tapi mungkin polis tu lihat saya semangat ke, pada saya simple. AG kena berupaya berbahasa kebangsaan.

Tak buat provokasi, kekecohan

“Saya tak buat provokasi tapi AG berdiri jauh dari tempat saya berdiri, mungkinlah saya cakap kuat, macam mana nak dengar, tadi saya cakap bahasa kebangsaan, bahasa Malaysia. Bila kita desak dia, dia belah (pergi),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang hari ini, anggota polis akhirnya berjaya memujuk kira-kira 50 penyokong Umno itu supaya meninggalkan kawasan berkenaan.

Polis dikatakan memberi amaran berhubung kejadian itu. Ellie dikatakan merupakan salah seorang yang diberikan amaran berkenaan.

Sementara itu, Ellie tidak gentar sekiranya tindakan diambil ke atasnya kerana bukan beliau yang memulakan kekecohan.

“Kenapa pula nak ambil tindakan pada saya, kan kita ramai. Bukan saya mulakan,” katanya.

Sebelum ini Asakan daripada kira-kira 50 penyokong Datuk Seri Najib Razak di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini menyaksikan Peguam Negara,Tommy Thomas membatalkan sidang medianya.

Sidang media itu diadakan selepas bekas perdana menteri itu didakwa dengan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM42 juta di mahkamah sesyen dan dibacakan terhadapnya sekali lagi di mahkamah tinggi.

Penyokong Najib mula bersorak ‘bahasa Melayu’ ketika Thomas mula memberi kenyataan kepada wartawan dalam bahasa Inggeris.

Laungan "Hidup Najib" dan "Allahuakhbar" juga bergema.

Thomas, akhirnya memutuskan sidang akhbar yang tidak dijadualkan itu tidak berterusan. Adalah difahamkan bahawa beliau akan berjumpa dengan wartawan di dalam bilik kemudian.

Kakitangan polis akhirnya berjaya memujuk kira-kira 50 penyokong Umno itu supaya meninggalkan kawasan berkenaan.

Antara lain, mereka termasuk Ketua Wanita Umno Datuk Seri Noraini Ahmad, anggota majlis tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam dan pelakon Ellie Suriaty. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...