Skip to main content

Saya Tak Takut, Saya Sedia disiasat, Zahid Nafi Terlibat Skim Penipuan Pekerja Nepal.


Ketua pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan ada terlibat dalam urusan skim penipuan dari syarikat Bestinet Sdn Bhd yang didakwa milik adik iparnya, Amin Abdul Nor.

Menurut laporan Malaysiakini, Bekas timbalan perdana menteri itu menafikan pembabitannya dengan skim penipuan yang didakwa mengutip lebih RM185 juta daripada pekerja Nepal.

Menurut laporan berita Nepali Times mendakwa seorang anggota keluarganya mendapat keuntungan dari kontrak selama tempoh lima tahun untuk mengendalikan permohonan para pekerja dari Nepal yang ingin ke Malaysia.

Namun Zahid Hamidi menyangkal laporan dari berita Nepali Times itu dan menafikan syarikat Bestinet Sdn Bhd didakwa telah ditubuhkan oleh adik iparnya, Amin Abdul Nor.

Menurut Ketua pembangkang itu beliau tiada adik ipar yang bernama Amin dan beliau tidak mempunyai satu sen pun saham dari syarikat tersebut.

“Syarikat Bestinet Sdn Bhd itu memang wujud sebelum saya masuk kementerian dalam negeri (KDN) lagi" katanya pada pemberita.

Zahid Hamidi dengan tegas menggesa supaya perkara ini disiasat dan beliau tidak takut untuk disoal siasat terhadap dakwaan laporan Nepali Times.

“Itu sebab saya kata perlu disiasat. Cakap, saya sedia disiasat dan saya tidak takut" katanya pada pemberita.

Beliau sedia kemukakan bukti dan tidak pernah salah guna kuasa ia termasuk mana-mana ahli keluarga yang terlibat.

“Saya sedia disiasat, saya sedia untuk dikemukakan bukti kalau saya terlibat atau saya masalah guna kuasa atau mana-mana ahli keluarga saya yang terlibat".

"Sila lakukan siasatan dan saya sedia berdepan,” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini". - Malaysiakini
 

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut