Skip to main content

'Saya Nak Semua Orang Tahu, Najib Orang Yang Jujur' - Rosmah


Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini meluangkan masa untuk menyambut hari lahirnya ke-65 di kawasan Parlimen.

Menurut laporan Malaysiakini, Walaupun sibuk di Parlimen, Najib dapat meluangkan masa untuk menghadiri 'kejutan' Sambutan hari lahirnya yang disambut secara sederhana itu.

Terut hadir isterinya Rosmah Mansor dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta beberapa anggota parlimen Barisan Nasional.

Acara itu turut disertai pelakon dan pengarah Ellie Suriati Omar serta bekas anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Anina Saadudin.

Sambutan hari lahir itu, sebuah kek dengan logo 1Malaysia serta tulisan “Thank You Sir Datuk Seri Najib Razak” juga dihidangkan untuk Bekas Perdana Menteri itu.
 

Isteri Bekas Perdana Menteri itu terut Rosmah turut menyuapkan sepotong kek kepada Najib.

Datuk Seri Najib Razak terut di didendangkan dengan sebuah lagu serta muzik video yang bertajuk 'TQ Sir'.

Video muzik 'TQ Sir' yang dihasilkan bagi menghargai jasa bekas perdana menteri berkenaan yang memimpin Malaysia selama 9 Tahun, Sejak mula dilantik menjadi Perdana Menteri pada 2009,
 

Menurut Najib, belau tidak sangka ada sebuah video dengan seni kata yang mencuit hatinya.

“Saya anggap ini sebagai satu usaha bukan bagi diri saya tetap pengiktirafan atas segala yang telah dilakukan kerajaan sebelum ini terutamanya Dasar Transformasi Nasional," kata Najib

Menurut Rosmah Mansor, beliau pula memberitahu bahawa seluruh ahli keluarganya amat menyayangi Bekas Perdana Menteri itu serta menegaskan bahawa beliau merupakan seorang lelaki yang jujur.
 

"Saya ucapkan agar semua yang terbaik untuk dirinya dan untuk keluarga kami juga.

"Saya juga mahu anda semua tahu bahawa keluarganya amat menyayangi beliau dan dia adalah seorang lelaki yang sangat jujur dan dia berada di jalan yang betul," ujar Rosmah. - Malaysiakini
 

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut