Powered by Blogger.

Saturday, July 7, 2018

Russia Kalah, Putin Anggap Pasukan Russia Tetap Terbaik.


Russia tidak menjangka perjuangan mereka di Piala Dunia akan berakhir dengan penentuan sepakan penalti selepas persembahan membanggakan pada suku akhir menentang Croatia, awal pagi tadi.

Malah, semangat melawan yang dipamerkan pasukan tuan rumah itu meninggalkan pentas Piala Dunia kali ini dengan pujian daripada peminat mereka sama ada di dalam dan luar negara.

Russia memasuki kejohanan sebagai pasukan bawahan tetapi berjaya mara hingga ke suku akhir, mengalahkan juara dunia 2010 Sepanyol pada pusingan 16 terakhir.

Seluruh peminat mereka mungkin tidak akan menjangkakan persembahan seperti itu daripada barisan pemain yang dianggap sebagai wira negara.

Jurulatih Russia, Stanislav Cherchesov mengakui pasukannya tetap kecewa dengan keputusan yang diperoleh.

"Saya percaya bahawa perkara paling utama adalah bagaimana cara kami tinggalkan kejohanan ini - lebih baik untuk meninggalkannya apabila anda berasa bangga," kata Cherchesov kepada pemberita.

"Kami tidak mempunyai apa-apa peluang untuk memenangi piala ini dan sudah tentu kami sedih. Tetapi kami menunjukkan nilai pasukan kami."

Sepakan penalti Fyodor Smolov diselamatkan Danijel Subasic dan walaupun penjaga gawang Russia, Igor Akinfeev menyelamatkan tendangan Mateo Kovacic, nasib mereka ditentukan dengan kegagalan Mario Fernandes menyudahkan sepakan ketiga.

Cherchesov berkata, pasukannya yang menduduki tangga ke-70 dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebelum Piala Dunia, sepatutnya berada pada tahap lebih tinggi.

"Sejak saat pertama saya membentuk pasukan ini, saya tahu di mana tempat yang kami akan tuju," katanya.

"Saya percaya kami sudah berjaya, tetapi sudah tiba masanya untuk membuka langkah ke hadapan."

Menurut Presiden Russia, Vladimir Putin yang menyasikan perlawanan tetap berbangga dengan pasukan kebangsaannya meskipun tewas menerusi penentuan sepakan penalti di tangan Croatia pada aksi suku akhir Piala Dunia, awal pagi tadi.

"(Putin) melihat perlawanan itu, beliau memberi sokongan kepada pasukan. Kami tewas dalam satu perlawanan yang adil dan hebat," kata jurucakap di Kremlin, Dmitry Peskov seperti dilaporkan agensi berita Interfax.

"Mereka masih pemain hebat buat kami, mereka adalah wira. Mereka beraksi bermati-matian di padang, kami berbangga dengan mereka,"

Croatia dijadual bertemu England - pasukan yang menewaskan Sweden 2-0 di Samara - di Stadium Luzhniki di Moscow, Rabu ini. - Berita Harian Online