Pas Dangan Umno, Asalkan Bukan Pakatan Harapan Menang Di Sungai Kandis.


Ketua penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata ketiadaan calon PAS di pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis kerana tidak mahu memecahkan undi bagi memudahkan Umno menewaskan Pakatan Harapan.


Menurut laporan Malaysiakini, Nasrudin Hassan telah memuat naik kenyataannya di Facebook sebentar tadi, Nasrudin Hassan turut memuat naik slogan  'Asal Bukan Pakatan Harapan - ABAH'.

Menurut Nasrudin Pakatan Harapan mesti dikalahkan di Sungai Kandis, ini kerana supaya kerajaan Pakatan Harapan tidak terus permainkan rakyat Malaysia dengan manifesto palsu.

Manifesto Pakatan Harapan dikatakan gagal menunaikan janji pilihan raya ke14 lepas, antara kegagalan itu ialah menghapuskan tol, menurunkan harga minyak, dan menghapuskan hutang peneroka Felda.

Nasrudin menyifatkan kerajaan Pakatan Harapan sebagai parti perkauman, Nasrudin teruk menuduh kerajaan baru telah membuka jalan kepada pihak bukan Islam mempersendakan Islam.

Menurut Nasrudin lagi "Suara-suara yang mengundang keresahan orang Islam makin kuat dan tidak diambil tindakan yang wajar oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Selepas kemenangan Pakatan Harapan, ada suara gesaan agar sekolah tahfiz ditutup dan  terlalu memberi muka kepada LGBT di dalam Malaysia, katanya lagi.

"Yang termasuk segelintir orang yang pemikiran antihadis yang posisi penting dalam sektor kehakiman dan undang-undang tidak diberikan kepada orang Islam."

"Ada diantara mereka berpemikiran liberal dan terdapat individu yang didakwa menyokong gerakan pengganas jadi pemimpin kerajaan."

"Yang termasuk dominasi DAP yang sangat skeptikal terhadap perjuangan Islam dalam Pakatan Harapan dan sebagainya," katanya."

Sebelum ini Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pernah mendedahkan pihaknya mahu berbincang dengan PAS untuk meletakkan satu calon pembangkang di Sungai Kandis.

Gabungan Umno dan Pas di Sungai Kandis merupakan strategi pihak pembangkang dalam usaha memastikan pertembungan satu lawan satu, Kata Zahid - Malaysiakini