Skip to main content

Messi Elak Jumpa Media Selepas Tewas.


Selepas tewan dengan Perancis awal pagi tadi Lionel Messi mengelak daripada bercakap dengan media, Argentina tewas 3-4 kepada Perancis sekali gus tersingkir daripada Piala Dunia 2018.

Menurut laporan Sinar Harian, Kapten Argentina itu hanya menjaringkan satu gol dalam empat perlawanan peringkat kumpulan tetapi belum pernah melakar gol dalam pusingan kalah mati.

Dan di celah-celah spekulasi dia akan bersara dari peringkat antarabangsa buat kali kedua dalam kariernya, Messi tidak berhenti di zon media pasca perlawanan.

Menurut rakan sepasukannya, Sergio Aguero, Messi masih dalam keadaan sedih dan dia memerlukan masa untuk melupakan igauan buruk ini.

"Kami semua berduka, khususnya Messi. Hatinya betul-betul berkecai dengan kekalahan ini kerana dia merupakan pemain harapan untuk membantu Argentina tapi ia tidak berlaku.

"Selepas kalah kami hanya perlu akur, apa pun terima kasih kepada penyokong yang datang ke sini memberikan sokongam," kata Aguero yang turut berjaya menjaringkan satu gol dalam perlawanan itu.

Argentina yang diketuai penyerang terbaik dunia, Messi gagal mengulangi pencapaian layak ke final Piala Dunia 2014 di Brazil serta menamatkan kemarau selama 32 tahun menang Piala Dunia apabila kali terakhir berbuat demikian pada 1986 di Mexico.

Dalam aksi itu, Perancis membuka tirai jaringan pada minit ke-13 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann.

Bagaimanapun, Angel Di Maria menyamakan kedudukan buat Argentina (m-41) sebelum Gabriel Mercado menceriakan penyokong-penyokong La Albiceleste dengan meletakkan pasukan bimbingan Jorge Sampaoli berada di depan buat pertama kali pada minit ke-48.

Namun, kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila Benjamin Pavard kembali menyamakan kedudukan buat Les Bleus (m-57) sebelum Mbappe mencuri tumpuan dengan meledak gol ketiga dan keempat buat Perancis dalam tempoh empat minit (m-64 dan m-68). - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut