Gempar semalam bekas Perdana Menteri Malaysia,iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditahan dan perlu berhadapan ke mahakmah bagi proses pendakwaan.
Menurut laporan,Najib didakwa atas tuduhan pemindahan RM42 juta ke dalam akaun peribadi beliau.
Selain itu,Najib juga dikatakan perlu bermalam di dalam lokap SPRM ini telah pun tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8.20 pagi untuk pendakwaan.Bekas perdana menteri ini juga kelihatan tidak memakai baju khas tahanan yang berwarna oren.Mengikut laporan,Najib dikatakan akan berhadapan dengan 10 pertuduhan jenayah pecah amanah berkaitan dengan isu 1MDB.
Sebaik sahaja tiba di perkarangan mahkamah,Najib disambut oleh berpuluh-puluh menyokongnya yang diketuai oleh pemimpin UMNO iaitu Tun Faisal Ismail Aziz yang dikatakan mahu membuat kecoh dengan pihak polis semasa ketibaan Najib di mahkamah.
Tidak cukup dengan itu Tun Faisal juga bertindak menjerit slogan "Hidup Najib" serta menyanyikan lagu "Allah Selamatkan Kamu" bersama para penyokong Najib.
Berang dengan tindakkan itu,salah seorang anggota polis mengatakan "Ini bukannya pusat karaoke,jaga tingkah laku anda".
Diharap semuanya akan berjalan dengan lancar.