Skip to main content

Lokman Ajak PAS Berkempen Sama-Sama Di Sungai Kandis


Datuk Lokman Noor Adam Calon Barisan Nasional di Sungai Kandis ingin bertemu dengan pemimpin PAS di Sungai Kandis bagi membantu Barisan Nasional mendekati pengundi disanan.

Menurut laporan Malaysiakini Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) berkata perjumpaan itu berkemungkinan akan dilakukan pada minggu ini.

Menurut Lokman beliau ada bertemu dengan rakan-rakan daripada PAS untuk berkerja sama berkempen di Sungai Kandis.

"Pimpinan Umno sendiri sedang mengadakan rundingan, ada kemungkinan kalau boleh kita nak jumpa dengan semua Ketua PAS cawangan di Sungai Kandis untuk berkempen bersama".

Menurut Lokman lagi untuk beberapa hari terawal beliau akan memfokuskan untuk berjumpa dengan pemimpin Barisan Nasional di sini Sungai Kandis terlebih dahulu. 

"Mungkin Rabu atau Khamis nanti baru saya akan pergi berjumpa pemimpin PAS,"

Menurut Lokman, beliau telah melawat pasar pagi di kawasan ini, peniaga kawasan ini rasa tidak puas hati kerana susah nak dapatkan lesan perniagaan, jika diberi mandat beliau akan selesaikan isu ini.

Sebelum ini PAS memutuskan untuk memberi laluan kepada Umno bertanding satu lawan satu dengan Pakatan Harapan supaya memastikan undi pembangkang tidak berpecah.

Tindakan PAS tidak meletakan calon terus di sindir oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan PAS dan UMNO adalah 'adik-beradik.

Tun Dr Mahathir berkata demikian apabila PAS bertindak mengelakkan pertembungan tiga penjuru seolah-olah memberi laluan mudah kepada UMNO dengan tidak meletakkan calon untuk bertanding.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis ditetapkan pada 4 Ogos ini berikutan kematian penyandang kerusi itu, Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

Calon di Sungai Kandis menyaksikan calon Pakatan Harapan Zawawi Mughni berdepan dengan calon Umno Datuk Lokman Noor Adam dan calon bebas K. Murthy.

Pada PRU14 yang lalu, Mat Shuhaimi menang kerusi itu dengan majoriti 12,480 undi, mengalahkan Datuk Kamaruzzaman Johari dari Umno dan Mohd Yusof Abdullah dari PAS. - Bernama

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...