Skip to main content

Laungan "Hidup Najib" Dan "Bebas Najib", Najib Terharu Dapat Sokongan Ahli Umno.


Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyatakan perasaan terharunya yang amat sangat melihat sokongan yang masih diterimanya ketika ini.

Menurut laporan Malaysiakini, Najijb disambut dengan beberapa laungan seperti "Hidup Najib" dan "Bebas Najib" ketika tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira jam 11.45 pagi tadi.

Najib yang kini berdepan dengan dakwaan jenayah hadir ke mahkamah untuk melunaskan ikat jamin RM1 juta yang dikenakan ke atasnya.

Sebelum ini Najib sudah menjelaskan ikat jamin sebanyak RM500,000 dan bakinya diserahkan kepada mahkamah hari ini.

Ada beberapa individu yang dikenali ramai hadir di pekarangan mahkamah sebentar tadi, termasuk bekas ketua Pemuda Umno Wilayah Datuk Razlan Rafii serta pelakon Ellie Suriaty Omar.

Bercakap kepada media selepas menjelaskan ikat jamin Najib berkata beliau menerima sumbangan daripada penyokong Umno termasuk dari luar Kuala Lumpur.

"Saya berasa amat terharu atas sumbangan yang telah diberikan oleh ahli-ahli Umno dari semua peringkat," katanya.

Najib tiba di mahkamah bersama isterinya Rosmah Mansor.

Pasangan terbabit turut disertai anak mereka, Nooryana Najwa dan Noorashman, serta menantu Daniyar Kessibayev. Mereka dilihat memasuki pejabat pendaftar mahkamah bagi urusan dokumentasi.

Proses itu berlangsung kurang dari limat minit sebelum Najib dan Rosmah kelihatan keluar dari pejabat berkenaan.

Menurut Najib beliau menerima banyak sumbangan daripada ahli dan penyokong Umno malah sebelum datang ke mahkamah tadi, ada wakil Umno Tumpat bertemu bagi menyerahkan derma mereka.

"Ini semua menaddakan bahawa ahli-ahli Umno dan rakyat biasa menunjukkan kasih sayangnya kepada pemimpin.

"Mudah-mudahan dengan doa restu (semua) saya dan keluarga dapat melalui uijia besar ini, insya-Allah, dengan jayanya," katanya.

Sebelum ini Penyokong Datuk Seri Najib Razak memulakan tabung untuk memberikan sokongan kewangan kepada bekas perdana menteri itu yang sedang berdepan dengan kes mahkamah.

Najib hari ini dituduh pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana anak syarikat 1MDB, SRC International di Mahkamah Tinggi di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Dalam pertuduhan yang mendapat perhatian media dalam dan luar negera itu, beliau mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kesemua pertuduhan.

Najib dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin dan pasportnya diperintah diserahkan kepada mahkamah. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...