Khir Toyo Keluar Umno, Tak Sangka Orang Macam Jamal Boleh Menang.


Timbul spekulasi mengatakan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo bakal keluar Umno kerana kecewa Datuk Seri Jamal Mohamad Yunus.

Mohamad Khir membayangkan keputusan itu dalam satu grup WhatsApp yang tular malam tadi beliau Whatsapp memohon maaf kepada rakan-rakannya kerana terpaksa meninggalkan Umno/

Khir Toyo dikatakan bertindak demikian kerana kecewa Datuk Seri Jamal Mohamad Yunus terpilih jadi semula menjadi ketua Bahagian Sungai Besar.

“Saya mohon maaf kepada sahabat-sahabat kerana saya akan meninggalkan perjuangan dalam Umno kerana tak boleh fikir bagaimana orang seperti (Datuk Seri) Jamal Yunos masih dipilih menjadi pemimpin bahagian.

Beliau juga didakwa telah hilang kepercayaan kepada Umno dan berpandangan tiada guna kekal dalam parti itu apabila ada pemimpin yang menjadi buruan polis menang pemilihan parti.

“Orang yang dalam buruan polis dengan longgokan kes jenayah yang masih menantinya masih dipilih kerana pengaruh wang,” kata mesej yang dipercayai dihantar Mohamad Khir.

Bagaimanapun, Mohamad Khir enggan mengesahkan atau menafikan spekulasi itu apabila dihubungi akhbar berkenaan.

Sebaliknya, beliau berkata akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat.

Mohamad Khir itu sebelum ini ingin membuat kemunculan semula dalam politik apabila menawarkan diri bertanding jawatan Ahli MT dan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar.

Bagaimanapun, hasrat beliau tidak kesampaian apabila namanya tidak melepasi saringan parti.

Jamal berjaya mempertahankan jawatan ketua Bahagian Sungai Besar dalam pemilihan Umno baru-baru ini.

Dia kini dalam buruan polis berhubung kes memecahkan botol arak di hadapan pejabat pentadbiran negeri Selangor dan dakwaan gambarnya memegang senjata api Jamal dipercayai bersembunyi di Indonesia.