Skip to main content

Karier Lakonan Soffi Jikan Musnah 'Disengat' Farid Kamil, Meniaga Di Pasar Malam Tampung Hidup.


Karier pelakon Soffi Jikan mula terjejas apabila tawaran berlakon buatnya terhenti secara tiba-tiba semenjak dirinya telah dikaitkan dengan isu kes penangkapan Datuk Farid Kamil.

Dirinya telah dirundung malang semenjak dia ditahan polis ekoran laporan polis yang dibuat oleh Farid pada 31 Jan yang lalu, menurut Soffi lagi namanya seringkali digugurkan oleh produksi atas alasan yang dia rasakan langsung tidak munasabah.

Menurut laporan Kosmo, Soffi memberitahu bahawa secara jujurnya, selepas apa yang berlaku dia telah kehilangan segala-galanya, termasuklah tawaran berlakon dan rakan-rakan.

“Terdapat projek lakonan yang sudah ada kontrak pun terpaksa dibatalkan atas salah faham yang timbul.

“Bayangkan, banyak kontrak projek sudah ditandatangani, namun nama saya digugurkan disebabkan perkara yang mengarut. Namun, saya tetap positif dengan apa yang berlaku,” katanya lagi.

Namun begitu bagi Soffi atau nama asalnya Mohamad Shoffi Jikan  berusia 47 tahun itu, kehidupan harus diteruskan biar apa pun yang terjadi.

Menyebabkan dia mengambil inisiatif meluaskan pendapatan di luar bidangnya sebagai pelakon dengan mengusahakan pelbagai perniagaan termasuklah berniaga di pasar malam.

“Saya menjalankan perniagaan Bitcoin dan masih menjual minyak wangi. Memang leceh kehidupan selepas apa yang berlaku.

“Rezeki itu luas kerana apa pun yang berlaku, saya akan tetap meneruskan kehidupan.

"Saya tidak kisah jual minyak wangi di pasar malam walaupun saya seorang pelakon,” katanya.
Namun begitu kini pelakon yang popular dengan tagline “kasi sengat” itu sudah mampu menarik nafas lega apabila dirinya sekali lagi telah disunting sebagai watak utama dalam sebuah filem seram berjudul 'Jodoh Syaitan' terbitan Da Motion Media.

Turut membintangi filem arahan Bob Hashim itu adalah Abam Bocey, Jay Iswazir, Wan Hanafi Su, Fauziah Nawi serta termasuklah seorang pendatang baru iaitu Aprena.

Malah Soffi juga sempat berkongsikan kegembiraannya yang bakal menerbitkan sebuah filem berjudul 'Tikam Belakang' yang telah pun memulakan penggambarannya.

Apabila ditanya mengenai maksud judul tajuk fiem keluarannya itu, Soffi menjelaskan bahawa ianya langsung tidak ada kaitan antara permasalahan dia dengan Farid.

“Saya tiada masalah dengan sesiapa pun. Malah saya tidak berdendam dengannya. Kes ini sudah berlarutan di mahkamah dan biarlah mahkamah yang tentukan siapa salah, siapa benar.

“Saya cuma tidak mahu lagi dikaitkan dengan dia dan hanya ingin meneruskan hidup seperti biasa,” katanya.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...