Isteri Jual Suami Di Media Sosial Demi Seks


Surabaya - Seorang wanita dikenakan hukuman dua tahun penjara serta denda RM56,157 selepas didapati bersalah kerana menjual suaminya sendiri di laman media sosial bagi tujuan memperolehi duit.

Hukuman tersebut telah dijatuhkan oleh mahkamah di sini pada kelmarin oleh Panel hakim yang diketuai oleh Harijanto selepas wanita berkenaan yang dikenali sebagai Veronita berusia 20 tahun terbukti bersalah.

Veronita telah terbukti bersalah dan layak dihukum mengikut undang-undang yang mendakwa dia melakukan kesalahan pemerdagangan manusia dan telah dikenakan hukuman 2 tahun penjara serta denda sebanyak Rp200 juta (RM56,157).

Walau bagaimanapun pada mulanya pihak pendakwa raya sebelum ini telah meminta agar mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda Rp800 juta (RM224,632) tetapi atas budi bicara baik hakim telah mengurangkan hukuman berkenaan.

Pihak hakim membuat keputusan untuk mengurangkan hukuman terbabit adalah dengan alasan tertuduh telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang ketika perbicaraan.

Menurut daripada laporan media Indonesia, perbuatan Veronita tersebut yang menjual suaminya sendiri terbongkar selepas pihak polis menyerbu sebuah bilik hotel di Sparkling, Jalan Kayoon, Surabaya pada Januari yang lalu.

Ketika serbuan dilakukan, pihak polis telah menahan wanita tersebut bersama dengan suaminya yang berusia 24 tahun serta seorang lelaki yang turut berada di dalam hotel terbabit yang dipercayai merupakan pelanggan mereka.

Veronita dikatakan telah menubuhkan satu kumpulan di Facebook bagi menawarkan suaminya untuk aktiviti seks dengan mengenakan bayaran di antara Rp300,000 (RM84) hingga Rp500,000 (RM140).

Malah ketika soal siasat yang dilakukan oleh pihak polis, Veronita telah mengakui bahawa dia telah menjual suaminya sendiri bagi mendapatkan wang kerana mereka mengalami masalah ekonomi.

Veronita juga turut mengakui bahawa mereka baru sahaja menjalani aktiviti berkenaan sebanyak empat kali.-Harian Metro