Gagal Hubungi Suami Selama 3 Hari Punca Ibu Bawa Anak Ke Jambatan.


Johor - Seorang wanita berjaya diselamatkan oleh orang ramai selepas dipercayai cuba melakukan cubaan membunuh diri bersama dua orang anaknya dengan terjun ke dalam sungai.

Walau bagaimanapun tindakan pantas pengguna Jambatan Peserai menghalang tindakan wanita berkenaan telah menggagalkan cubaan bunuh diri terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa mengesahkan mengenai kejadian tersebut serta memaklumkan bahawa wanita tersebut telah mengalami tekanan perasaan.

Wanita tersebut dikatakan telah mengalami tekanan perasaan sebelum bertindak memberhentikan kereta yang dipandunya di laluan motosikal sehingga menyebabkan kesesakkan lalu lintas di jambatan berkenaan.

Menurut Abdul Wahib, siasatan awal telah mendapati bahawa wanita tersebut mengalami tekanan perasaan apabila gagal menghubungi suaminya sejak dua hari yang lalu yang bertindak mematikan telefon bimbitnya.

Malah wanita berkenaan juga dikatakan telah mengalami tekanan di tempat kerja apabila telah dimarahi oleh pengetua sekolah melalui telefon selepas dia meminta untuk menyambung cuti selama sehari dengan perkataan yang kurang sopan.

Abdul Wahib memberitahu bahawa difahamkan wanita berkenaan bertugas sebagai pembantu makmal di sebuah sekolah di Johor Bahru pernah meminta untuk ditukarkan ke Batu Pahat kerana dia serta suami sememangnya berasal dari sana tetapi permohonan pertukaran tersebut tidak mendapat sokongan daripada pengetua.

"Dia dan suami mengalami masalah kewangan kerana suaminya sudah tidak bekerja akibat kemalangan di tempat kerja sejak tujuh bulan lalu. Suaminya patah tangan akibat terjatuh ketika memasang penghawa dingin serta sehingga kini tuntutan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) belum diperolehi.

"Malah disebabkan masalah kewangan tersebut menyebabkan wanita itu dihalau oleh pemilik rumah sewa di Johor Bahru kerana gagal membayar tunggakan sewa selama dua bulan sebanyak RM1,000," katanya.

Abdul Wahib juga turut memberitahu bahawa wanita tersebut menyangkal dakwaan bahawa dia cuba melakukan cubaan membunuh diri kerana dia mempunyai dua orang anak yang masih kecil da tujuan dia berdiri di atas jambatan tersebut adalah akibat daripada buntu memikirkan tekanan yang dialaminya dan berharap agar suaminya akan datang ke situ.

"Dia dinasihati untuk pulang bersama keluarganya terlebih dulu kerana keadaannya yang masih kurang stabil dan akan dipanggil semula untuk dirakam percakapannya.

"Polis juga menyangkal penularan posting palsu di media sosial dan menasihati orang ramai untuk tidak menularkan berita palsu terhadap wanita berkenaan yang cuba membunuh diri di lokasi berkenaan," katanya. - Berita Harian Online