Skip to main content

Chef Wan Kecam Anak Najib Ke Moscow Tengok Bola.


Cef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Chef Wan mempertikaikan tindakan anak bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menonton perlawanan akhir Piala Dunia 2018 di Russia.

Melalui hantaran di Instagram miliknya, Chef Wan mempersoalkan tindakan Datuk Nazifuddin Najib itu kerana sebelum ini keluarga terbabit didakwa tidak mempunyai wang sehingga mendorong pihak tertentu melancarkan kutipan derma bagi membayar baki wang ikat jamin bapanya yang berjumlah RM1 juta.

"Dalam tak ada duit dan macam-macam alasan lagi, lihat siapa di Piala Dunia. Ada dengar sampai sanggup gadai barang kemas untuk membantu bekas perdana menteri kita.

"Dah la itu, boleh lagi marah rakyat (yang) tak setia pada Umno dan belot dan sebagainya," tulis Chef Wan beserta gambar Nazifuddin sedang menyaksikan perlawanan bola sepak antara Perancis dan Croatia.

Bagaimanapun Chef Wan kelihatan tidak memihak kepada mana-mana parti dengan pandangan diberikannya itu.
 

Melalui hantara sama Chef Wan berkata beliau tidak peduli parti mana atau tokoh dari bangsa apa menjadi pemimpin Malaysia asalkan pihak terbabit jujur dalam mentadbir negara.

"Pada pilihan raya umum akan datang kalau ada menteri Pakatan Harapan yang tak boleh menjalankan tugas dengan baik, maka mereka mesti berundur!" katanya.

Nak ke Jakarta pula

Perancis akhirnya muncul juara Piala Dunia buat kali kedua selepas menundukkan Croatia 4-2. Pasukan dikenali dengan julukan Les Bleus itu melakukannya untuk kali pertama pada 1998.
 

Perlawanan berlangsung di Stadium Luzhniki di Moscow.

Nazifuddin pada 5 Julai lalu sempat memuat naik luahan hatinya mengenai ujian dihadapi Najib selepas Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan pusat.

Kata Nazifuddin bapanya sanggup melalui penderitaan jika langkah itu dapat membuat rakyat Malaysia yang dikasihinya bahagia.

Selain mengecam serbuan polis di kediaman Najib, Nazifuddin juga menyifatkan Malaysia hari ini tidak jauh beza dengan keadaan 30 tahun lalu ketika di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun beberapa hari kemudian nama Nazifuddin kembali meniti di bibir orang ramai apabila gambarnya bertemu pelakon Taiwan, Celia Zhang, tular di internet.

Untuk rekod Nazifuddin turut aktif dalam bidang sukan. Di peringkat domestik beliau ialah setiausaha agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang dilantik menggantikan Datuk Low Beng Choo pada Mei lalu.

Sementara itu, melalui Facebook pula Nazifuddin memuat naik beberapa keping gambar ketika beliau berada di Stadium Luzhniki pada 15 Julai lalu.

Ekoran itu, beliau menerima pelbagai komen termasuk yang mempertikaikan tindakannya menonton Piala Dunia.

Semalam pula, dalam satu kapsyen gambar, Nazifuddin menulis bahawa beliau akan ke Jakarta pula selepas ini bagi menghadiri Sukan Asia 2018.

Malah, beliau turut menulis tanda pagar #iworkinsports. Ia dipercayai sebagai respon terhadap pihak yang mempertikaikan beliau menonton Piala Dunia.

"Gambar saya di UK (United Kingdom). Mungkin ini boleh jadi bahan berita untuk esok.

"Seterusnya saya perlu berada di Jakarta untuk Sukan Asia. #iworkinsports," tulis anak lelaki Najib itu. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...