Skip to main content

Bersatu Ganti Umno Akan Lindungi Orang Melayu.


Sudah tiba masa orang Melayu mengubah persepsi bahawa hanya Umno yang boleh melindungi mereka, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu boleh memberi kepercayaan penuh kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk mengambil alih peranan UMNO untuk membela dan melindungi mereka.

Tun Dr Mahathir memberi perakuan bahawa PPBM tidak akan mengulangi kesilapan yang dilakukan UMNO yang telah lari daripada perjuangan asal untuk agama, bangsa dan negara.

“Orang Melayu rasa mereka tidak selamat dalam negara kita kerana mereka rasa perlindungan hanya datangnya daripada Umno tetapi kini BERSATU akan menjadi pelindung menggantikan Umno.

“Kita tidak akan berkelakuan seperti Umno yang dahulu dihormati dan dimuliakan tetapi apabila jadi pemerintah mereka lupa perjuangan kepada bangsa dan agama,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian di hadapan lebih 20,000 hadirin pada majlis rumah terbuka Aidilfitri BERSATU di Bagan Serai, Perak hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin serta timbalannya Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan menteri besar Perak yang juga Pengerusi BERSATU Perak Ahmad Faizal Azumu.

Dalam ucapannya, Mahathir meminta orang ramai yang hadir supaya mendaftar sebagai anggota PPBM supaya parti itu dapat diperbesarkan serta terus kuat untuk membela nasib rakyat.

“Saya yakin ramai yang hadir hari ini merupakan petanda yang baik bagi BERSATU. Insha Allah pada masa hadapan kita menjadi lebih baik, besar dan kuat, bukan niat nak bersaing dengan parti lain (dalam Pakatan Harapan) tetapi hanya mahu sama kuat,” katanya.

Sementara itu, Tun Mahathir berkata beliau gembira dengan sambutan Aidilfitri BERSATU yang mengalakkan dengan kehadiran ramai rakyat daripada berbilang kaum.

“Walaupun negara kita berbilang kaum, agama dan bangsa tetapi kita hidup dalam keadaan aman, selesa serta selamat tidak kira dalam apa jamuan (sambutan). Di negara lain apabila ada sedikit kelainan agama mereka berperang, membunuh dan merosakkan agama (lain),” katanya. 

Sempena program tersebut, sebanyak RM750,000 berjaya dikumpulkan untuk Tabung Harapan Malaysia daripada pelbagai pihak dan orang perseorangan.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...