Skip to main content

Apandi Ali Buat Pusingan U Tarik Diri Jadi Majlis Tertinggi Umno


Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang hari ini diumumkan menjadi anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dilaporkan menarik diri dan menolak pelantikan itu.

Jelas Mohamed Apandi, keputusan itu diambil selepas beliau memikirkan dengan mendalam dan semasak-masaknya.

"Setelah berfikir semasak-masaknya, dan dengan mendalam, saya berasa adalah tidak wajar untuk menerima pelantikan sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno.

"Apa yang bermain difikiran saya adalah pelantikan tersebut akan diselubungi dengan pelbagai persepsi negatif yang mungkin dikaitkan dengan apa jua tindakan dan keputusan saya semasa menjalankan tugas sebagai seorang hakim dan peguam negara," katanya melalui kenyataan media malam ini.

Awal hari ini, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pelantikan Mohamed Apandi dan 10 yang lain sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno.

Kesemua 11 mereka menyertai 25 anggota MT yang sebelum ini menang melalui undian dalam pemilihan parti itu.

Pelantikan bekas peguam negara itu bagaimanapun tidak dipersetujui berberapa pihak termasuk pemuda Umno Kedah yang menyifatkan ia sebagai "kesilapan politik".

Susulan itu, laporan NST memetik Mohamed Apandi yang menegaskan dia mempunyai hak untuk terlibat dalam politik memandangkan dia bukan lagi peguam negara.

Mohamed Apandi juga dilapor menyifatkan kepulangannya kepada Umno adalah ibarat ikan pulang ke lubuk kerana pernah menyertai parti itu sebelum ini.

Sebelum ini Apandi Ali terima menjadi seorang daripada anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dilantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tidak seperti 25 anggota MT yang lain, Apandi - bersama 10 yang lain - menyertai badan berkenaan melalui lantikan.

Memetik kenyataan Ahmad Zahid, portal Umno Oline menyatakan pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9.2.8 Perlembagaan Umno.

Presiden Umno itu berkata pelantikan itu adalah langkah pertama beliau untuk membawa Umno menuju pembaharuan agar parti terbabit terus relevan dalam arena politik negara. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...