Skip to main content

Wang Tunai RM114 juta Dalam Kondo Adalah Dana PRU14.


Pemimpin veteran Umno, Tan Sri Shahrir Samad berkata wang tunai yang disimpan dalam beberapa unit kondominium Pavilion Residences yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah bagi membiayai parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

Dalam sidang akhbar hari ini, Shahrir berkata wang tunai berkenaan tidak disimpan di dalam bank atau dipindahkan menerusi cek kerana berdepan masalah logistik.

"Orang tanya kenapa mesti wang tunai? Ini kerana tidak semua kawasan (Umno) mempunyai (akaun) bank," katanya.

Beliau berkata penyimpanan wang tunai adalah penting bagi menggerakkan jentera pilihan raya Umno.

"(Ini tidak dapat dilakukan dengan berkesan) melalui bank. Jika kamu memerlukan dana tambahan untuk pilihan raya, kamu beri cek, ia akan terlambat.

"Mereka yang mengkritik kadang-kala melakukan perkara yang sama juga," katanya tanpa menyebut sebarang nama.

Baki dana pilihan raya

Bekas anggota parlimen Johor Bahru itu mendakwa wang tunai yang dirampas polis dari kondominium berkenaan adalah baki dana untuk parti itu pada pilihan raya lalu.

Apabila ditanya sama ada jumlah wang tunai yang besar adalah perkara biasa, Shahrir berkata, "Saya tidak tahu, saya tidak pernah berada dalam kedudukan itu."

"Itulah yang sebahagian mereka (dalam Umno) katakan. Itulah yang dikatakan oleh Najib, bagaimana kamu dapat buktikan sebaliknya?"

Najib yang meletakkan jawatan sebagai presiden Umno dan pengerusi BN pada 12 Mei, kini sedang disiasat oleh polis di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 berkaitan 1MDB.

Pada 18 Mei, polis merampas 72 beg daripada tiga unit di Pavilion Residences di mana 35 daripadanya mengandungi wang tunai dalam 26 mata wang berbeza berjumlah RM114 juta.

Umno kemudian meminta polis mengembalikan wang yang dirampas dan mendakwa ia merupakan dana parti itu untuk PRU pada 9 Mei.

Parti itu juga menyatakan perlembagaannya membenarkan presiden mendapatkan dan mengurus dana, termasuk yang diperuntukkan bagi tujuan pilihan raya.

Bagaimanapun, ketua Umno bahagian Cheras Syed Ali Alhabshee memberitahu Malaysiakini dalam satu wawancara bahawa beliau "terkejut" dengan jumlah yang ditemui dalam unit kondominium berkenaan. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...