Skip to main content

Saya Panglima Padang Rengas, Masih Ramai Panglima Dalam Umno.


Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata beliau tidak ada masalah dengan ikrar Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk "membebaskan Umno dari cengkaman panglima politik" meski mengakui beliau adalah salah seorang daripadanya.

"Betul, masih ramai panglima politik dalam Umno. Itu lumrah dalam sesebuah parti.

"Itu pendapat Khairy sendiri. Tak ada masalah. Contohnya, saya panglima politik di Padang Rengas. Saya sudah menjadi ketua bahagian di situ untuk 20 tahun," katanya.

Awal hari ini, Khairy mengumumkan untuk bertanding jawatan presiden Umno dan menyatakan ikrarnya untuk menerajui Umno menjadi parti yang lebih terbuka dan bebas daripada cengkaman warlords (panglima politik).

Diminta mengulas lanjut, Nazri berkata, "kita tunggu dan lihat" sama ada Khairy mampu.

"Kita perlu tunggu dan lihat keputusan namun apa pun jadi di peringkat tertinggi, saya akan sentiasa jadi panglima politik Padang Rengas," katanya."

Tujuh calon telah menyerahkan borang pencalonan untuk jawatan presiden Umno namun ramai pihak bertumpu kepada tiga nama iaitu Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy.

Tambah Nazri, umur Khairy atau mana-mana pemimpin politik tidak seharusnya menjadi ukuran kemampuan mereka.

Nazri juga menegaskan dirinya sebagai penyokong Ahmad Zahid meskipun mengalu-alukan pencabar lain.

"Saya rasa masing-masing yang bertanding mempunyai rancangan mereka sendiri untuk membangkitkan Umno dan satu-satunya cara untuk mereka melaksanakan hal itu adalah dengan menjawat jawatan tertinggi parti. Saya ucapkan selamat berjaya kepada mereka.

"Untuk saya, saya akan menyokong Ahmad Zahid dan Tan Sri Annuar Musa demi kesatuan, kestabilan dan kelangsungan (Umno)," katanya.

Untuk memberi sokongan kepada Ahmad Zahid, Nazri berkata, beliau akan membantu pemangku presiden Umno itu berkempen meskipun tempoh kempen singkat.

"Saya tidak pasti apa peluang AHmad Zahid untuk menang tapi saya akan sokong dia.

"Mungkin agak lewat kerana kita cuma ada 13 hari (berkempen) dan itu tidak berapa baik... tapi saya akan hubungi rakan-rakan saya dan meminta mereka menyokon Ahmad Zahid," katanya. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...