Powered by Blogger.

Tuesday, June 19, 2018

Polis Serbu Kedai Bangla Jual Arak Dan Rokok Seludup.


Selepas tular di media sosial video seorang warga bangladesh yang menjalankan perniagaan runcit di Subang pada empat hari yang lalu, pihak polis telah pun mengambil tindakan terhadap warga bangladesh tersebut.

Video yang berdurasi selama satu minit 51 saat tersebut telah dirakamkan oleh seorang pengguna sebelum memuat naik video tersebut di media sosial.

Video tersebut menunjukkan seorang warga bangladesh yang di soal oleh seorang individu mengenai tujuan serta permit kemasukkannya ke Malaysia adalah atas tujuan apa kerana dia mengatakan bahawa dia mempunyai permit untuk bekerja di Malaysia.

Namun begitu, permit bekerjanya telah di salah gunakan dengan membuka sebuah kedai serbaneka dengan nama pendaftaran U6 malah warga bangladesh tersebut juga didapati telah melanggar undang-undang Malaysia dengan menjual barang-barang seludup.

Malah ketika ditanya oleh individu yang merakamkan video terbabit juga dia seperti tidak ambil peduli apabila ditanya mengenai barang seludup yang dijual olehnya.

Apabila ditanya mengenai mengapa rokok serta arak seludup yang dijual olehnya tidak dikeluarkan resit, beliau hanya memalingkan wajahnya tanpa berkata apa-apa.

Apa yang lebih memeranjatkan adalah kedai serbaneka yang di miliki oleh warga bangladesh tersebut memiliki lesen serta permit menjalankan perniagaan seperti warganegara yang menjalankan perniagaan di Malaysia.

Akan tetapi selepas video tersebut telah menjadi viral di media sosial, pihak polis telah menyerbu kedai terbabit dan telah merampas rokok serta minuman keras seludup yang terdapat di kedai terbabit.

Rata-rata memuji pihak polis kerana mengabil tindakan pantas ke atas warga bangladesh tersebut yang melanggar undang-undang di sini. - Online News