Skip to main content

Peluang Umno Di Sarawak Makin Gelap.


Umno boleh sahaja mengembangkan sayapnya ke Sarawak tetapi belum pasti parti dari Semenanjung itu akan diterima oleh rakyat Sarawak, kata seorang penganalisis politik.

Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, Pensyarah Kanan, Universiti Malaya berkata kewujudan Umno di Sarawak ditolak ketika zaman pemerintahan bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, Tan Sri Adenan Satem dan kini Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Malah, katanya sudah ada ‘gentleman agreement’ antara era Taib dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak membenarkan Umno bertapak di Sarawak.

Katanya, ketika itu ramai pengundi luar bandar tidak dapat memisahkan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana yang disokong mereka bukan parti tetapi lebih kepada logo BN.

Boleh cuba nasib

Bagaimanapun, katanya landskap politik sudah berubah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) apabila Dr Mahathir sudah berada di pihak Pakatan Harapan, manakala Taib tidak lagi aktif dalam bidang politik.

"Jadi Umno boleh mencuba nasib memperluaskan pengaruh ke Sarawak bukan kerana kekuatan atas nama Umno itu sendiri.

"Umno mungkin disukai sesetengah bumiputera Islam di Sarawak kerana mereka tahu Umno tidak bersalah tetapi pemimpin terdahulu yang mencemarkan imej Umno," kata Awang Azman kepada Bernama.

Pada masa yang sama, sebenarnya kekuatan Umno terdapat pada penggunaan logo BN, logo yang dipercayai pengundi luar bandar di Sarawak.

Katanya, Umno juga boleh meletakkan mana-mana parti tempatan baharu bertanding menggunakan logo BN jika tidak mahu Umno bertapak di Sarawak.

Spekulasi Umno diharamkan

"Ini dilakukan bagi mengajar empat bekas komponen BN yang mengkhianati BN, namun tindakan ini mungkin berkubur jika BN dibubarkan dan digantikan logo lain.

"Begitu juga terdapat spekulasi Umno mungkin diharamkan kerana isu tak mengikut peraturan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)," kata Awang Azman.

Jika ini berlaku, katanya maka harapan Umno bertapak di Sarawak semakin gelap.

Apapun menurut Awang Azman peluang Umno bertapak di Sarawak adalah tipis dan beliau menyarankan penubuhan parti tempatan baharu tetapi mengguna logo BN untuk tewaskan musuh politik mereka termasuk empat parti yang telah mengkhianati BN. - Bernama

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...