Skip to main content

Najib Tak Tahu Duit 1MDB Diguna Beli Kapal Mewah.


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak patut dipersalahkan atas skandal 1MDB yang bernilai berbilion ringgit itu, dan mendakwa tidak tahu-menahu bagaimana wang dari dana milik kerajaan Malaysia boleh berada dalam akaun peribadinya.

Bagaimanapun beliau ada penjelasan mengenai sejumlah besar wang, beg tangan mewah serta barang kemas yang disita dari rumahnya oleh pihak berkuasa Malaysia baru-baru ini.

Bercakap kepada Reuters untuk kali pertama selepas dikejutkan dengan kekalahan pada pilihan raya 9 Mei lalu, Najib berkata, penasihat-penasihatnya serta pihak pengurusan serta lembaga pengarah 1MDB secara salah menyimpan dana itu dan merahsiakannya daripada beliau.

Semalam Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu Reuters, pihak berkuasa mempunyai "kes yang hampir sempurna" ke atas Najib untuk didakwa atas penyelewengan, salah urus serta rasuah berkaitan 1MDB.

Najib, 64, kalah dalam pilihan raya umum selepas sedekad berkuasa. Antara lain ia disebabkan oleh skandal 1MDB yang dianggap Peguam Negara AS, Jeff Sessions, sebagai "kleptokrasi pada tahap terburuk."

Najib - dalam sebahagian daripada komennya yang paling mengenai meluas mengenai skandal 1MDB setakat ini - berkata beliau tidak tahu ratusan juta dolar digerakkan melalui akaun peribadinya adalah dari 1MDB.

Beliau juga mendakwa tidak tahu dana itu akhirnya digubah untuk memperoleh aset di seluruh dunia, termasuk kapal pesiaran mewah, lukisan, permata dan hartanah bernilai tinggi.

"Saya tidak ada kaitan dengan kapal layar, lukisan... saya tak pernah lihat lukisan itu semua," kata Najib.

Beliau juga menambah tidak tahu-menahu mengenai pembelian berkenaan.

"Ini dibuat tanpa pengetahuan saya. Saya tidak akan mengizinkan dana 1MDB digunakan untuk (membeli) mana-mana barang ini.

"Saya berada dalam kerajaan begitu lama, saya tahu mana yang betul, mana yang salah," katanya pada sesi temu bual diadakan di sebuah vila mewah persendirian menghadap laut di sebuah hotel lima bintang di Langkawi, Kedah. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...