Norsyarmilla binti Jirin atau lebih dikenali sebagai Mila Jirin yang dilahirkan pada 23 Disember 1987 ini merupakan bekas pelajar dari Akademi Fantasia musim ke lima.
Penyanyi yang berasal dari Pulau Penang ini dikatakan naik angin selepas ada segelintir pihak cuba untuk memburuk-burukkan nama baik syarikat perniagaannya melalui pakej perkahwinan dimedia sosial.
Menerusi akaun Instagramnya beliau ada mendedahkan indentiti netizen tersebut yang menggunakan nama Suesharudin mendakwa makanan yang ditawarkan oleh syarikat katering Mila Jirin tidak sedap kerana menggunakan khidmat tukang masak dari Indonesia.
Penyanyi kecil molek ini menyatakan kepada netizen tersebut " @suesharudin awak buat fitnah secara terbuka tentang chef di @bizmilla_catering. Untuk maklumat, chef kami di BIZMILLA semuanya orang Malaysia.
"Memandangkan awak dah buat fitnah secara terbuka, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana awak telah mencemarkan nama syarikat saya.
Walau bagaimanapun,Mila telah memberikan masa 24 jam terhadap individu tersebut untuk membuat permohonan maaf secara terbuka sekirannya dia tidak mahu bertindak sedemikian Mila tidak teragak-agak untuk membuat tindakan undang-undang.