Skip to main content

MCA Gesa Guan Lim Eng Henti Dedah Skandal


Ketua Pemuda MCA Chon Sing Woon menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menasihati Menteri Kewangan Lim Guan Eng agar mewakilkan kementerian lain dalam mendedahkan skandal.

"Saya takut untuk bersetuju dengan Anwar tapi dia betul apabila mengingatkan Lim agar menumpukan pada tugas meningkatkan keyakinan pelabur luar dan biarkan menter persekutuan lain yang buat pendedahan skandal.

"Namun, Lim bertegas bahawa dia hanya mengikut arahan perdana menteri dan tidak mempunyai kuasa memberi arahan kepada kementerian lain mengambil alih tugas itu.

"Saya percaya kenyataan Lim membuktikan bahawa dia mengaku mengabaikan tugas utama menteri kewangan selama ini," kata Chong dalam kenyataan hari ini.

Chong berkata, Lim sebagai orang yang bertanggungjawab menguruskan harta negara perlu menumpukan pada keadaan fiskal.

"Atas kertas, kuasa yang ada pada tangan menteri kewangan adalah yang kedua selepas perdana menteri.

"Tak ada apa-apa yang salah dengan nasihat Anwar agar Guan Eng mengelakkan menggunakan semua masa dan usahanya hanya untuk menggali skandal lama sedangkan dalam masa sama mengabaikan tugas sebenarnya," katanya.

Tambah Chong, isu skandal adalah dalam bidang kuasa agensi penguatkuasaan.

"Siasatan dan pendedahan penyelewengan adalah bidang kuasa pihak berkuasa seperti polis, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Kastam.

"Apa yang menteri kewangan buat sekarang bukan saja mengabaikan tugasnyam tapi juga menganggu pembahagian kuasa dalam pentadbiran kerajaan," kata Chong.

Jelas Chong lagi, jika Lim mendakwa hutang negara RM1 trilion, dia seharusnya lebih menumpukan lagi pada usaha meyakinkan pelabur.

"Dia seharusnya perlu lebih bimbang tentang cara untuk menyelesaikan krisis itu dengan menarik lebih banyak pelaburan luar, menstabilkan semula pasaran saham dan kadar tukaran wang, meyakinkan pelabur, menangani aliran keluar modal luar yang berada di tahap membimbangkan; dan bukan hanya menggali dan mendedahkan skandal," katanya. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut