Skip to main content

LHDN Akan Semak Semula Derma RM2.6 Bilion Yang Dimasukkan Ke Dalam Akaun Najib


Isu RM2.6 bilion yang dimasukkan di dalam akaun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak oleh kerabat diraja Arab Saudi disiasat semula.

Menurut laporan Bernama, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata RM2.6 bilion yang diterima bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini tertakluk pemeriksaan lanjut.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Seri Sabin Samitah berkata susulan pendedahan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull.

Siasatan sedang dijalankan berhubung semua isu berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kedudukan cukai bagi RM2.6 bilion yang diputuskan pada 16 Feb 2016 kini tertakluk untuk pemeriksaan lanjut.

Pada 16 Feb 2016, berdasarkan pada dapatan dibuat oleh agensi itu yang ditugaskan untuk menyiasat RM2.6 bilion itu, amaun yang diterima itu didapati adalah bayaran derma dan bersifat sukarela dan dengan itu bukan bercirikan pendapatan, katanya.

Oleh itu, katanya mengikut prinsip am percukaian berhubung pembayaran secara sukarela seumpama itu, ia bukan pendapatan yang tertakluk untuk dicukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

"Pembayaran secara sukarela mungkin berubah cirinya dan tertakluk dicukai jika ia diberikan secara berulang kali. 

Sebagai pertimbangan bagi perkhidmatan diberikan, sebagai balasan bagi sebarang faedah dalam apa-apa bentuk atau amaun digunakan dalam kegiatan perniagaan bagi membolehkan operasi perniagaan diteruskan.

Katanya lagi susulan perkembangan terbaru berhubung RM2.6 bilion diterima bekas perdana menteri, serta wang tunai dan barangan berharga lain yang dirampas dari kediamannya dan premis lain baru-baru ini.

Sabin berkata dalam proses menentukan punca sebenar pembayaran itu, LHDN akan bekerjasama rapat dengan semua agensi dan pasukan petugas khas yang baru dibentuk yang terlibat dalam penyiasatan berkaitan 1MDB.

Berhubung rampasan wang tunai dan barangan berharga lain, Sabin berkata satu notis di bawah Seksyen 78 dan 79 Akta Cukai Pendapatan 1967 akan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah LHDN kepada individu-individu yang ada kaitan dengan barang yang dirampas itu.

Beliau berkata notis itu bertujuan memastikan sama ada pendedahan secukupnya tentang pendapatan itu yang telah dibuat kepada LHDN adalah sepadan dengan pemilikan aset (wang tunai dan barangan berharga) oleh individu tertentu.

“Dalam keadaan kekayaan itu tidak dapat dijelaskan, cukai tambahan akan dikenakan bersama-sama dengan penalti maksimum iaitu amaun berganda bagi ter kurang cukai. Kegagalan seseorang untuk mematuhi notis dalam tempoh ditetapkan adalah satu kesalahan dan boleh didakwa di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967,” katanya. - Bernama

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...