Skip to main content

Ini Jawapan Rosyam Noor Bila Tahu Pasar Rayanya Diboikot Netizen.


Pekakon terkenal Datuk Rosyam Noor menganggap pihak yang meminta agar pasar rayanya diboikot sebagai ‘tiada kerja lain nak buat’.

Menurutnya, meskipun ada saranan sebegitu, namun perniagaannya itu berjalan lancar.

“Alhamdulillah di bulan Ramadan ini saya mendapat banyak rezeki pahala yang orang bagi secara percuma.

“Ada yang mengutuk saya, tetapi alhamdulillah dalam masa bulan puasa ini jugak ALLAH beri rezeki berlipat ganda kepada saya, walaupun ada pihak yang cuba hendak memboikot tapi alhamdulillah 24 jam penuh sentiasa, meskipun saya belum lancarkan secara rasmi pasar raya saya,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas saranan pihak tertentu agar pasar raya ST Rosyam Mart diboikot gara-gara perbezaan haluan politik.

Mengulas lanjut, Rosyam yang terkenal dengan watak Castello itu turut melahirkan rasa terima kasih kepada mereka yang menyokong perniagaannya.

“Terima kasih yang ‘support’ bagi saya benda itu segelintir sahaja, orang Melayu Islam tak sebegitu hanya mereka yang mungkin kekurangan akhlak melakukan perkara begitu,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut menyatakan bahawa ada yang istimewa buat mereka yang mengunjungi pasar rayanya nanti.

“Lepas raya kita akan buat promosi untuk menjual ayam murah seekor 88 sen,” katanya

Tular di media sosial sebelum ini  segelintir netizen menggesa orang ramai memboikot ST Rosyam Mart. 

Disebabkan tempias politik Rosyam Nor menjadi mangsa apabila perniagaan pasar raya 24 jam miliknya diboikot orang ramai. 

Perbezaan idealogi politik antara punca segelintir netizen menggesa orang ramai memboikot ST Rosyam Mart. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...