Skip to main content

Amar Singh Nafi Rampasan 433 Jam Tangan Bernilai RM80 juta Milik Najib


Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan ada mengeluarkan kenyataan berhubung rampasan beberapa jam tangan bernilai RM80 juta seperti yang dilaporkan sebuah akhbar bahasa Cina.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, beliau juga tidak mengesahkan sebarang nilai rampasan yang dibuat pihaknya dalam siri operasi mencari di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu negara, baru-baru ini.

"Saya tidak mahu komen dan untuk pengetahuan, saya tidak mengeluarkan kenyataan mahupun pengesahan seperti yang dilaporkan akhbar itu," katanya memetik laporan Astro Awani, hari ini.

Laporan yang dikeluarkan semalam (12 Jun) oleh akhbar itu dipetik sebagai berkata, sejumlah 433 utas jam tangan dianggarkan bernilai RM80 juta ditemui dalam 37 beg yang dirampas dari kondominium yang dipercayai milik seorang bekas pemimpin negara.

Laporan surat khabar itu turut dipetik berkata, hasil penilaian ke atas jam tangan tersebut oleh pakar menganggarkan kesemuanya mencecah RM80 juta.

Sebelum ini seutas jam daripada 433 dipercayai milik keluarga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dirampas dari tiga kondominium mewah di Pavilion Residences, Jalan Raja Chulan dianggarkan berharga RM3.5juta.

Memetik laporan akhbar berbahasa cina tempatan, seutas lagi jam tangan jenama Cecil Purnell berharga RM1.2 juta, manakala jenama lain terdiri daripada Patek Philippe dan Richard Mille.

Berdasarkan penilaian yang dibuat pakar, nilai keseluruhan jam tersebut dianggarkan RM80 juta.

Sejak 30 Mei lalu, proses penilaian barang rampasan dari tiga unit kondominium mewah itu masih dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

Difahamkan, proses pengiraan itu memakan masa lama kerana ia memerlukan bantuan pakar barang kemas dan jam tangan mewah bagi mengetahui nilai sebenar barang tersebut.

Akhbar itu turut menyebut penilaian terhadap 37 beg berisi jongkong emas dan barang kemas masih di peringkat akhir.

Pada 25 Mei lalu, rampasan 35 daripada 72 beg, yang berisi wang tunai termasuk 25 mata wang asing, mencecah RM114 juta.

Polis juga merampas 284 kotak beg berjenama mewah dalam serbuan tersebut.

Rampasan itu, dibuat pada 18 dan 20 Mei, berkaitan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut