Akhirnya Terbongkar! Identiti Individu Langgar Lari Bekas Suami Gara-gara Kantoi Curang


Macam-macam kejadian yang kita dapat tengok zaman sekarang ini dan yang terbaru ini adalah tular di media sosial seorang isteri yang sanggup melanggar suaminya sendiri menggunakan kereta sehingga mengalami kecederaan.

Video yang berdurasi 47 saat tersebut menunjukkan seorang lelaki yang cuba menahan sebuah kereta yang sedang bergerak namun pemandu kereta berkenaan enggan berhenti menyebabkan lelaki berkenaan melompat kehadapan kereta berkenaan.

Lelaki berkenaan cuba menghalang pemandu kereta berkenaan dengan cara mematahkan wiper kereta berkenaan namun pemandu berkenaan masih juga enggan berhenti menyebabkan lelaki tersebut melompat ke atas kenderaan terbabit.

Video tersebut dikatakan telah dirakamkan oleh anak lelaki tersebut yang merakamkan kejadian tersebut sehinggalah ketika pemandu kereta terbabit yang enggan berhenti melanggar lelaki tersebut sehingga mengalami kecederaan.

Menurut daripada keterangan lelaki berkenaan yang menjadi mangsa langgar terbabit menerusi akaun facebook miliknya mengesahkan kejadian tersebut adalah benar dan ianya berlaku pada tahun lepas.

Menurut lelaki terbabit pemandu kenderaan tersebut adalah teman lelaki isterinya, ketika kejadian isterinya itu telah kantoi berlaku curang menyebabkan dia serta teman lelakinya cuba melarikan diri menggunakan kereta terbabit sambil membawa anak mereka yang berusia 3 tahun.

Akibat daripada kemalangan tersebut dia telah koma serta terlantar di hospital selama beberapa bulan tetapi menurut lelaki berkenaan kejadian tersebut berlaku pada tahun lepas namun tujuan beliau menviralkan video ini adalah bagi mendapatkan keadilan.

Ini kerana menurutnya walaupun telah setahun berlalu namun isteri serta teman lelakinya itu masih tidak di ambil sebarang tindakan walaupun dia telah pun membuat laporan ke atas mereka kerana melakukan kesalahan langgar lari sehingga mencederakan dirinya.

Ketika kejadian wanita tersebut masih sah menjadi isterinya namun kini mereka telah pun bercerai namun anak mereka yang berusia tiga tahun masih lagi berada bersama bekas isterinya itu.

Walau bagaimanapun,kini beliau sudah pun berkahwin dengan wanita lain ,manakala dua lagi anaknya masih dalam rawatan akibat truma dengan kejadian tersebut.

Suspek langgar lari bekas suami

Fazly bersama keluarga baru dan isteri beru