Skip to main content

Wanita Ini Pernah Dijadikan Bahan Ketawa Oleh Rakan-rakannya,Nekad Turunkan Berat Badan


Setiapa manusia yang dilahirkan di muka bumi ini mempunyai bentuk badan yang berbeza-beza.Ada yang dari kecil memang sudah berisi,ada juga semasa zaman kanak-kanak mempunyai tubuh badan yang kecil namun apabila meningkat dewasa tubuh badannya mula naik kerana tidak mengawal pemakanan.

Seorang wanita bertubuh badan gempal ini nekad untuk menurunkan berat badannya dari semasa-kesemasa sehingga la dia berjaya mendapatkan tubuh badan yang ideal.Mungkin kisah wanita ini boleh dijadikan pembakar semangat atau sumber inspirasi untuk seseorang itu menurunkan berat badannya.

Wanita muda ini dikenali sebagai Sandi berasal  dari Kentucky,Amerika.

Sandi menghabiskan sebahagian besar hidupnya untuk makan akibat ketagihan makanan.Tidak kira masa Sandi pasti akan makan tanpa berhenti.

"Saya pernah terperap di dalam rumah dan hanya duduk terkurung di dalam bilik kerana saya benci melihat bentuk badan saya".

"Saya malu. Saya sukar untuk berjalan, pakaian tidak sesuai dengan saya, sentiasa di panggil oleh doktor kerana berat badan saya yang berlebihan, "kata Sandi.


Satu hari Sandi berazam untuk menurukan berat badannya."Apabila saya melangkah ke atas penimbang dan melihat berat badan saya lebih daripada 400 paun saya tahu saya perlu berubah atau saya akan mati," jelasnya. 

Sandi memutuskan untuk menyelidik cara menurunkan berat badan dengan cara yang sihat.



Berat badan Sandi 420 paun dan dia menghadapi banyak masalah kesihatan akibat daripada pemakanan yang tidak sihat.

Bukan sahaja dia mempunyai berat badan berlebihan, tetapi dia juga mengalami sindrom polisistik ovari, penyakit tiroid, kemurungan dan kebimbangan.


Akhirnya, Sandi tahu dia perlu melakukan lebih banyak uasaha untuk menurunkan berat badan.

"Apabila saya memutuskan untuk berat badan , saya tahu saya memerlukan banyak usaha dan tidak akan berputus asa.Saya tidak peduli berapa kali saya akan jatuh ke bawah, saya akan bangkit dan terus berjalan, "jelasnya.

Sandi dan doktornya bersetuju bahawa ia adalah jalan terbaik untuk Sandi untuk mendapatkan pembedahan 'gastric sleeve surgery' dan pada 11 Julai 2016, Sandi menjalani pembedahan tersebut.

Pemedahan ini bertujuan untuk mengurangkan nafsu makannya secara berlebihan sekali gus dapat membantu mengurangkan berat badan.




Selepas Sandi menjalani pembedahan tersebut, dia terus berjuang untuk kesihatannya supaya dapat menurukan berat badan kepada bentuk yang ideal.

Dia tahu bahawa dia terpaksa terus makan makana yang sihat untuk melihat hasil terbaik.Sandi mula menyiapkan semua makanannya, memastikan bahawa dia mempunyai zat yang cukup setiap hari.


Malah Sandi juga selalu bersenam di gym setiap hari bagi membantu pembakaran lemak tepu didalam badannya.

Dengan bersenam ianya mempercepatkan proses pencairan lemak di dalam tubuh badan seseorang.Namun,ianya memerlukan usaha yang lebih dan tidak boleh putus asa.



Sandi juga kerap melakukan kajian dari segi teknik senama yang betul,cara pemakana dan rutin harian yang perlu di lakukan bagi membantu penurunan berat badannya.

Dengan bebekalkan usaha yang ada,Sandi tidak berputus asa untuk terus menurukan berat badannya meskipun ada sesetengah orang di sekelilingnya menjadikan dia sebagai bahan lawak mereka.

Sandi mula membuat jadul rutin sehariannya dari segi makanan dan senaman.


Ternyata usaha Sandi selama ini telah membuahkan hasil kerana dia telah kehilangan berat badan yang luar biasa.

Selepas dua tahun usaha berterusan, Sandi kehilangan 240 pound. Dia tidak lagi memakai saiz 5x. Malah, dia kini memakai saiz medium dan kelihatan hebat sekali! Dan dia juga teruja dengan usaha kerasnya!

Sandi bangga dengan kemajuan yang dilakukan.Oleh sebab itu dia memutuskan untuk berkongsi perkembangannya dengan orang lain, dengan harapan memberi inspirasi kepada mereka untuk melakukan perkara yang sama.



Sandi berkongsi pengalaman menurunkan berat badan beliau dengan 46,000+ pengikutnya!

"Apa yang boleh saya perkatakan adalah  tentang  penurunan berat badan lebih 80% itu adalah diet dan 20% bersenam. Anda tidak boleh menurunkan berat badan sekiranya diet yang dilakukan tidak betul. Sejak hari pertama perjalanan penurunan berat badan saya, saya telah mula mengesan semua pengambilan kalori saya dan melakukan senaman setiap hari, "jelas Sandi.

Kunci nya hanya satu jangn mudah putus asa.Editor-Sofia 


Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...