Skip to main content

Tidak Benar!!! Bukan Semua Pegawai Keselamatan Najib Dibatalkan.


Ketua Polis Negara Mohamad Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menjelaskan khidmat pengawal peribadi kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang telah ditarik balik adalah sejajar dengan statusnya sebagai bekas perdana menteri.

Ditanya bagi mengesahkan kesemua pembantu dan pengawal Najib ditarik balik khidmatnya kecuali seorang pembantu ADC (Aide De Camp), Fuzi menafikan perkara itu.

Beliau berkata sebagai bekas perdana menteri, Najib masih layak mendapat faedah keselamatan tertentu.

"Kita akan maintain mengikut SOP (Prosedur operasi standard) yang ditetapkan. Bekas PM ada kelayakan tertentu, kita akan akurlah. ADC kita kekalkan, ADC untuk Datin Seri (Rosmah Mansor), beberapa pegawai peribadi. pemandu kita akan kekallah"
 

"Tetapi kita scale down lah, bukan seperti mana sebelum tu," kata Fuzi kepada wartawan di Bukit Aman malam ini selepas majlis berbuka puasa.

Sehubungan itu Fuzi menegaskan adalah tidak benar bahawa khidmat semua pegawai keselamatan Najib telah dibatalkan.

"Tidak, tidak semuanya ditarik balik. Kita akan tetapkan SOP seperti disebut. Ada bodyguard dan ada driver, kita akan kekalkan," jelasnya.

Dalam kenyataan di halaman Facebook pada malam ini, Najib berkata khidmat pengawal dan pengiring keselamatannya telah ditarik balik oleh kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang baru.
 

Mereka terdiri daripada kumpulan pengawal pengiring, Unit Tindakan Khas dan pegawai lain yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan terhadapnya di Pejabat Perdana Menteri serta di kediaman rasmi Seri Perdana sebelum ini.

Najib berkata hanya seorang pegawai ADC dikekalkan.

Beliau turut berkongsikan gambar ketika memberikan tabik hormat kepada mereka dalam acara perpisahan penuh emosi di laman Facebooknya.

Dalam gambar yang tersebar Najib Tun Razak mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan pengawal pengiring, Unit Tindakan Khas, polis pengiring dan pegawai yang ditugaskan menjaga beliau sewaktu menjadi Perdana Menteri.
 

Dalam kiriman di Facebook beliau, beberapa keeping gambar dilampirkan menunjukan beliau memberikan tabik hormat kepada pasukan tersebut.

“Tidak dinafikan mereka berselubung emosi dan ada yang menitiskan air mata ketika kami berlafaz kata perpisahan,” kata Najib.

Najib berkata kerajaan menarik kesemua pegawai keselamatan dan polis namun meninggalkan seorang pegawai pengiring.

“Saya sekeluarga tidak akan melupakan jasa, persahabatan dan kesetiaan mereka sepanjang 9 tahun ini, termasuk mereka yang sudah berjasa kepada kami sejak 14 tahun semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri," katanya.
 

Najib pada masa sama berharap pasukan itu akan terus berdedikasi dan setia dengan kerajaan baharu.

“Saya juga mohon kerajaan baharu supaya sentiasa menjaga kebajikan mereka kerana mereka adalah anggota dan pegawai berdedikasi yang akan berkhidmat kepada kerajaan hari ini dengan penuh kesetiaan," katanya. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...