Skip to main content

Semua Adalah Palsu Dan Tidak Benar - Amar Singh


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Seri Amar Singh menafikan gambar yang tular dimedia sosial berkenaan barang rampasan dalam siasatan polis mengenai kes 1MDB.

Menurut Amar, gambar-gambar kes yang tular itu adalah palsu dan tidak benar kerana tiada seorang pegawai pun yang dibenarkan membawa telefon ketika pemeriksaan dan tiada sebarang gambar yang diambil melalui telefon.

Bercakap kepada media ketika sidang media, Amar mengingatkan kepada pihak media dan masyarakat supaya tidak mempercayai dan menularkan gambar-gambar berkenaan kerana ia akan menjejaskan penyiasatan pihak polis.


Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyambung khidmat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh yang akan bersara wajib pada Jun depan, berikutan penglibatannya mengendalikan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata kontrak Amar Singh akan disambung oleh Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) mengikut tempoh tertentu yang ditetapkan.

Selain itu, Mohamad Fuzi juga mengesahkan bahawa Datuk Abdul Hamid Bador telah dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang baharu berkuat kuasa Rabu lepas.

"Beliau (Abdul Hamid) menggantikan Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff yang sebelum ini menjawat jawatan berkenaan telah bersara dan ditamatkan kontraknya mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Suruhanjaya Pasukan Polis," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan bungkusan kuih raya PDRM di Bukit Aman hari ini.

Sementara itu, mengulas pendedahan dibuat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull pada Selasa lepas berhubung keselamatannya diancam ketika menjalankan siasatan kes 1MDB sebelum ini, Mohamad Fuzi berkata setakat ini tiada laporan polis yang dibuat oleh Mohd Shukri.

“Kami sedia maklum dengan apa yang beliau (Mohd Shukri) dedahkan bahawa keselamatannya diancam ketika menyiasat 1MDB,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi turut menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada SPRM berhubung serbuan di kediaman dan pejabat bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

“Daripada perspektif PDRM, kami belum menerima sebarang petunjuk kes ini, biar SPRM siasat berdasarkan perspektif mereka, maka kami hanya tunggu perkembangan selanjutnya,” katanya.

Rabu lepas, SPRM merampas sebahagian daripada wang tunai RM500,000 milik Abdul Azeez yang dikatakan untuk digunakan bagi misi ke Gaza, Palestin. - Bernama

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...