Selepas dikecam rakyat Perlis sembilan wakil rakyat Barisan Nasional dari Perlis yang memboikot majlis angkat sumpah menteri besar Datuk Azlan Man dijangka membantalkan hasrat mereka.
Menurut Star Online, sembilan ADUN berkenaan dijangka menerima pelantikan Azlan dan meminta maaf kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Laporan itu memetik seorang ADUN yang tidak mahu dikenali sebagai berkata, mereka telah mengadakan pertemuan baru-baru ini dan bersetuju menyokong Azlan sebagai menteri besar bagi penggal kedua.
Sambil menafikan mereka setia kepada Raja Perlis, anggota parlimen berkenaan berkata pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi.
Sementara itu, pemangku presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid memberitahu Star Online bahawa krisis di Perlis akan berakhir tidak lama lagi, tanpa memberi butiran lanjut.
Azlan mengangkat sumpah bagi penggal kedua sebagai menteri besar minggu lepas namun menerima tentangan daripada ADUN BN.
Sehingga kini Perlis merupakan satu-satunya negeri yang masih tidak mempunyai kabinet selepas BN memenangi 10 daripada 15 kerusi DUN di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)..
Berdasarkan konvensyen, Raja Perlis perlu melantik ADUN yang mendapat keyakinan majoriti.
Sebelum ini sembilan ADUN berkenaan membantah pelantikan Azlan sebagai MB dan membuat laporan polis kerana menganggap pelantikan tersebut bertentangan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negeri.
Pengerusi Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim juga mencadangkan supaya Azlan dipecat dari Umno.
Beliau berkata Azlan sepatutnya tidak terima pelantikan itu kerana tak mendapat sokongan majoriti.
Sidang akhbarnya itu turut dihadiri oleh sembilan ADUN BN Perlis yang gagal hadir pada majlis mengangkat sumpah jawatan itu pagi ini.
Sebaliknya ia dihadiri oleh tiga ADUN Pakatan Harapan (PH) dan dua ADUN PAS hadir.
Shahidan juga memohon Raja Perlis supaya tidak campur tangan pentadbiran negeri dan meminta Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya campur tangan dalam pelantikan menteri besar itu.
Katanya, Azlan Man dilantik tanpa surat perlantikan dari BN dan tindakan melantik seseorang yang tidak dapat sokongan majoriti sebagai menteri besar adalah tidak beretika dalam perlembagaan.
Pagi tadi Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dukacita dengan tindakan 9 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang tidak hadir pada Majlis Istiadat Pelantikan Menteri Besar Perlis pagi ini.
Titah baginda, beliau mempunyai pilihan diantara dua calon yang telah disenarai pendek.
Bagaimanapun, pilihan dibuat berdasarkan pertimbangan tidak mahu ada Menteri Besar yang dikawal Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Dan kebimbangan baginda itu terbukti apabila ADUN Barisan Nasional seakan memboikot majlis itu meskipun sudah diberikan jemputan dua hari lalu.
Terdahulu, baginda menyampaikan Kurnia Pelantikan kepada ADUN Bintong, Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar Perlis.
Ini merupakan penggal kedua Datuk Seri Azlan sebagai Menteri Besar. - Malaysiakini