Skip to main content

Ronaldinho Bakal Berpoligami, Kahwin Kedua-Dua Kekasihnya.


Rupa paras bukan jadi ukuran sebaliknya nama besar yang ada pada bintang bolasepak Brazil, Ronaldinho menjadi modal baginya untuk memikat dua wanita dan dikatakan bakal memperisterikan kedua-duanya sekali.

Setelah hidup bersama-sama kedua-dua wanita berkenaan sejak Disember tahun lalu di rumah mewah berharga 5 juta paun milik bekas pemain bolasepak pasukan Barcelona , Ronaldinho, 38, dilaporkan akan mengahwini Priscilla Coelho dan Beatriz Souza pada Ogos nanti.

Memetik laporan protal berita Mirror, Ronaldinho mula berpacaran dengan Beatriz pada tahun 2016 tetapi dalam masa yang sama, tetap menjalin hubungan dengan Priscilla beberapa tahun sebelum mengenali Beatriz.

Menurut laporan media, kedua-dua kekasih Ronaldinho menerima elaun kira-kira 1,500 paun (RM7,973) pemberian Ronaldinho dan mereka boleh berbelanja apa sahaja yang dihajati dengan wang saku yang diterima.

Ronaldinho juga dikatakan berlaku adil terhadap kedua-dua wanita yang dicintainya itu menerusi pemberian hadiah yang sama dan baru-baru ini, beliau dikatakan membeli minyak wangi yang serupa untuk dihadiahkan kepada kedua-dua wanita itu.

Bekas penerima anugarah Pemain Terbaik Dunia, Ronaldinho dikhabarkan telah merisik kedua-dua wanita itu sekitar Januari tahun lepas dan menurut penulis ruangan pojok Brazil, Leo Dias, kedua-dua wanita itu bersetuju dengan lamaran dan telahpun menerima cincin pertunangan.

Ronaldinho akan mengahwini kedua-dua wanita itu dalam satu majlis tertutup di sebuah kondominium di Santa Monica yang mana di situlah kawasan tempat tinggal Ronaldinho sejak tahun 2015.

Sewaktu karnival Rio tahun ini, Ronaldinho dikatakan telah menyewa ruangan VIP untuk menonton pertandingan sambadrome dan telah membawa kedua-dua wanita itu sekali.

Bagaimanapun, ketenangan momen itu bertukar apabila bekas kekasih Ronaldinho pada tahun 2011, Juliana Diniz muncul secara tiba-tiba dan jelas kelihatan reaksi kurang senang Priscilla dan Beatriz yang dikatakan cemburu terhadap Diniz.

Sementara itu, Ronaldinho, Deisi menentang hasrat abangnya untuk berpoligami.

Dia awal-awal lagi memberitahu tidak akan hadir pada majlis perkahwinan bintang bolasepak itu walaupun jiran Ronaldinho, penyanyi Jorge Vercillo telah menyatakan persetujuannya untuk bertindak sebagai penyanyi pada majlis perkahwinan nanti.

Untuk rekod, Priscilla dan Beatriz berasal dari Belo Horizonte, bandar yang pernah menyaksikan Ronaldinho beraksi bersama Atletico Mineiro, kelab teratas Copa Libertadores 2012.

Walaupun Ronaldinho tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang hubungannya dengan kedua-dua wanita itu, namun rakan-rakan Ronaldinho memberitahu, cara kedua-dua wanita ini dilayan tidak ubah seperti layanan seorang tunang kepada tunangnya.

Ke mana sahaja Ronaldiho pergi, pasti kedua-dua wanita ini akan dibawa bersama dan pada Mac tahun ini, ketika menyertai satu majlis samba di Jepun, Ronaldinho telah memuatnaik gambar mereka di dalam akaun instagram milik Ronaldinho yang mempunyai 32 juta pengikut.

Seminggu kemudian, kedua-dua wanita itu dikatakan mengikut Ronaldinho ke Brasilia di mana bintang bolasepak itu berjinak-jinak dengan dunia politik, mengikut jejak langkah rakan sepasukannya, Romario yang menyertai Parti Republikan Brazil (PRB).

Pada bulan lalu, ahli keluarga Priscilla dikatakan sedang merancang untuk bersemuka dengan Ronaldinho selepas membaca laporan yang mengatakan, Priscilla adalah kekasih kedua Ronaldinho.

Salah seorang ahli keluarga Priscilla memberitahu akhbar Extra, mereka sedih berita ini dan tidak hairanlah jika Ronaldinho membeli hadiah untuk Priscilla, pasti dia akan membeli satu lagi untuk diserahkan kepada kekasih keduanya.

Keluarga Priscilla bimbang dengan reputasi buruk yang akan terpalit kepada wanita ini dan menurut seorang rakan Priscilla, gara-gara berita ini, Priscilla nyaris dibuang kerja. - Utusan Online



Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...