Skip to main content

Polis Kawal Rapi Pintu Masuk Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia


Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai isu IMDB yang sedang hangat diperkatakan.Pelbagai cara akan dilakukan untuk menyiasat isu berkaitan 1MBD sehingga ke akar umbi.Katanya ada dokument yang telah dibawa keluar dari kementerian untuk dimusahkan supaya tiada sebarang bahan bukti mengenai isu ini.

Untuk maklumat semua dokumen-dokument ini amat penting bagi merungkai kes-kes berkait rapat dengan bekas Perdana Menteri kita sebelum ini.





Menerusi laman Twitter Fahmi Fadzil,DUN Lembah Pantai, mendakwa bahawa dokument-dokument di Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang merupakan sumber utama bagi menyiasat kes ini perlu di pertahankan dan dikawal rapi supaya tiada pihak cuba untuk melupuskannya.


Menurut Malaysiakini,pihak polis kini sedang mengawal rapi pintu keluar masuk dan telah menjalankan pemeriksaan ke atas semua kenderaan di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Putrajaya.


Ianya merupakan arahan daripada Tun Mahathir untuk memastikan supaya tiada sebarang dokument penting dibawa keluar daripada kementerian dan agensi berkenaan.Dengan bantuan pihak polis pintu masuk bangunan SKMM akan di kawal rapi.

Menurut seorang kakitangan SKMM yang tidak mahu dikenali berkata langkah tersebut diambil bagi mengahalang mana-mana pihak yang cuba atau mahu melupuskan dokument berkaitan dengan pentadbiran terdahulu semasa pemerintahan Datuk Seri Najib

Tambahnya lagi,bangunan tersebut telah diserbu dan tiada anggota polis masuk ke dalam untuk mencari dokumen.Sumber: Malaysiakini dan Bernama.Editor-Sofia

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...