Skip to main content

Perkara-perkara Yang Mungkin Akan Membuatkan Puasa Anda Batal Atau Sebaliknya


Seluruh umat Islam sudah mula menjalankan ibadan puasa pada hari ini.Oleh itu,mari kita fahami semula apa yang dimaksudkan dengan puasa.Puasa ialah menahan diri dari makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.

Bukan sahaja makan dan minum perlu ditahan malah nafsu juga perlu dikawal kerana ianya juga boleh menyebabkan puasa seseorang itu batal.

Tahukah anda dengan berpuasa juga membuatkan seseorang itu mudah mengawal hawa nafsu, sabar, berdisiplin, jujur, selalu bersedekah, selalu bersyukur kepada Allah SWT dan juga membuat tubuh badan seseorang itu menjadi lebih sihat.

Ibadah puasa hukumnya wajib bagi setiap muslim lelaki dan perempuan. Ianya berdasarkan perintah Allah SWT dalam Al-quran surat Al-baqarah ayat 183 yang berbunyi:

Al-Baqoroh : 183

Artinya: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa.(Al-baqarah:183)

Di sini dinyatakan terdapat beberapa perkara yang akan membatalkan puasa,puasa menjadi tidak sah pada bulan ramadhan ini.Mungkin ada juga di antara kita tertanya-tanya mengenai perkara ini.Jadi mari kita baca.


Pertama,membuat ujian darah/sample darah.Puasa anda tidak batal menurut fatwa Al-Lajnah,Syaikh Ibn Baz.Walau bagaimanapun,puasa seseorang itu menjadi batal sekiranya dia menderma darah.Ianya menurut fatwa dari Syaikh Ibn Utsimin.


Kedua,merasa makanan/minuman yang anda masak.Puasa tidak batal menurut fatwa,Al-Lajnah dan Syaikh Ibn Utsaimin.Namun,selepas merasa hendaklah anda meludahnya semula dan kemudian berkumuh-kumuh lah supaya tiada sisa-sisa makanan tersekat di dalam mulut anda.Sebenarnya dengan berkumuh puasa anda tidak lah batal.


Ketiga,mandi atau berenang semasa bulan puasa.Puasa anda masih lagi diterima namun,jangan pula anda minum air mandian itu kerana itu boleh membatalkan puasa.Ada juga diantara kita masih keliru jika mengorek telinga atau hidung adakah puasa masa sah?Ya,puasa anda masih lagi sah.

Kadang kala semasa bulan ramadhan seseorang itu akan kerap menelan air liur.Perbuatan tersebut tidak lah membatalkan puasa anda.Selain itu,memotong rambut atau kuku juga puasa anda masih sah.


Misal kata pada bulan puasa ini anda terpaksa mendapatkan suntikan ubat-ubatan kerana sakit di hospital atau pun klinik berdekatan.Puasa anda sebenarnya tidak batal dan masih sah.Namun,dengan mengambil suntikan nutrisi ke dalam tubuh badan ianya membuatkan puasa anda menjadi batal,jadi jangan salah faham diantara suktikan ubatan dan nutrisi ya.Selain itu,sekiranya masa bulan ramadhan ini anda perlu menyedut nebulizer kerana sesak nafas puasa anda masih sah dan tidak batal.Bagi pengguna inhaler pula jangan bimbang puasa anda masih lagi sah sekiranya anda gunakan pada bulan ramadhan ini.


Bagi pasangan suami isteri pula mesti anda tertanya-tanya adakah dengan mencium,memeluk,atau bercumbu akan membatalkan puasa sebenarnya tidak.Puasa anda masih lagi sah di sisi Allah.Jika terkeluar air mani atau mazi juga puasa anda sebenarnya masih lagi sah.Namun,jika bersetubuh pada waktu siang hari maka puasa anda sekali gus menjadi batal.


Bagi wanita pula,alat solek sudah menjadi kebiasa mereka gunakan setiap hari.Jadi ada di antaranya yang masih lagi tertanya-tanya adakah memakai alat solek seperti celak mata,pelembap bibir dan minyak wangi akan membatalkan puasa seseorang itu?Jawabannya tidak.Puasa anda masih lagi sah.


Ada juga diantara kita masih lagi meninggalkan solat.Tahukah anda meninggalkan solat akan membuatkan puasa anda menjadi tidak sah.Oleh itu,jaga lah solat anda.


Misal kata semasa bulan puasa ini,mata anda dimasuki habuk, dan memerlukan anda menitisnya menggunakan ubat titis mata adakah puasa anda masih diterima? Iya,puasa anda masih lagi sah.Jika menggunakan penitis telinga juga puasa anda masih lagi sah.Bagaimanapun,dengan menggunakan penitis hidung puasa anda akan batal serta merta.


Sudah pasti bagi perokok tegar anda tertanya-tanya adakah dengan menhisap rokok pada siang hari akan membatalkan puasa.Jawapanya ,iya puasa anda batal.


Jika hidung atau gusi anda berdarah semasa bulan puasa adakah puasa anda batal? Tidak,puasa anda masih lagi sah.Dengan mencabut gigi pada bulan puasa juga puasa anda masih lagi diterima dan sah.Jadi jangan risau ya.Editor-Sofia

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...