Skip to main content

Najib Tidak Akan Jawab Soalan Guan Eng Isu Kehilang RM33 Bilion Duit 1MDB.


Datuk Seri Najib Razak berkata,beliau dinasihatkan supaya tidak menjawab sebarang soalan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana ia sedang dalam siasatan pihak berkuasa.

Dalam satu kenyataan yang dipetik dari Bernama, hari ini, bekas perdana menteri berkata, dalam konteks terhad ini beliau tidak melihat apa-apa manfaat dalam membincangkannya secara umum dengan Guan Eng mengenai isu-isu tersebut.

"Jika perlu saya akan berbuat demikian di pentas forum khas," katanya yang merujuk kepada kenyataan Guan Eng yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan semalam.

Dalam kenyataan itu, Lim berkata bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan ke mana wang yang kesemuanya berjumlah AS$8.33 bilion (kira-kira RM33 bilion) dalam dana 1MDB.

"Ke mana perginya wang sejumlah AS$1.83 (RM7 bilion) billion yang dilaburkan ke dalam satu usaha sama bersama dengan PetroSaudi International Ltd di antara tahun 2009 dan 2011?

"Ke mana perginya wang bon sejumlah AS$S3.5 bilion (RM14 bilion) yang diterbitkan pada tahun 2012 yang bertujuan asal untuk membeli loji-logi pejana kuasa di Malaysia?

"Ke mana perginya wang bon sejumlah AS$3.0 bilion (RM12 bilion) yang diterbitkan pada tahun 2013 untuk pembangunan TRX?" katanya dalam satu kenyataan media.

Lim berkata demikian seagai membidas Najib yang pada Jumaat lalu menafikan kenyataan menteri kewangan itu bahawa kerajaan membelanjakan hampir RM7 bilion untuk 'bail out' 1MDB.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak patut bertanggungjawab ke atas skandal rasuah 1MDB yang juga melibatkan 'bail out' (suntikan dana kerajaan) yang paling besar dalam sejarah negara bagi menyelamatkan syarikat pelaburan itu, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Lim mengulas kenyataan Najib pada 25 Mei 2018 yang menyangkal 1MDB menerima hampir RM7 bilion dalam bentuk "bail out" (suntikan dana) daripada kerajaan BN sebelum ini.

Bagaimanapun, Lim Guan Eng menyifatkan 1MDB sebagai 'bail out' yang terbesar dalam sejarah negara. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...