Skip to main content

Najib Enggan Letak Jawatan Hingga Didesak Buat Demikian - Nur Jazlan


Selepas dua minggu kekalahan Barisan Nasional di PRU14 Anggota majlis tertinggi Umno Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak enggan meletakkan jawatan.

Menurut laporan Malaysia kini Nur Jazlan berkata Datuk Seri Najib Razak enggan meletakkan jawatan sebagai presiden Umno meski dengan kekalahan parti itu pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 sehinggalah beliau didesak berbuat demikian.

Datuk Nur Jazlan Mohamed yang merupakan timbalan menteri dalam negeri, dipetik Free Malaysia Today sebagai berkata bahawa majoriti anggota Umno mahu Najib meletakkan jawatan secara sukarela bagi memastikan parti itu tidak berpecah.

"Selepas kami (BN) kalah dalam PRU pun, beliau (Najib) enggan meletakkan jawatan serta merta sehinggalah beliau terpaksa berbuat demikian pada 12 Mei," katanya dipetik sebagai berkata.

Nur Jazlan yang kalah di parlimen Pulai kepada Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub pada PRU ke-14 juga menjelaskan bahawa tindakan meletakkan jawatan secara sukarela sebelum ini diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah pada 2008 berkata beliau meletakkan jawatan pada Mac 2009 dan memberi laluan kepada penggantinya mengambil alih Umno, selepas PRU ke-12 menyaksikan Pakatan Rakyat menawan lima negeri buat pertama kali, selain 82 kerusi parlimen.

Ketika ditanya sama ada wujud gesaan terhadap Najib meletakkan jawatan sebelum hari mengundi 9 Mei, Nur Jazlan dilapor berkata: "Bagaimana anda tahu kami tidak desak? Tapi beliau enggan dengar."

Nur Jazlan turut mengaitkan kekalahan mengejut BN pada PRU ke-14 dengan kegagalan Najib menjelaskan dakwaan rasuah terhadapnya dan isu berhubung 1MDB.

Nur Jazlan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib bahawa pemimpin BN seharusnya menyuarakan lebih awal jika mereka fikir kepimpinannya mempunyai masalah.

Najib berkata demikian susulan kenyataa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mengaku membuat kesilapan besar apabila tiada sesiapa mahu akur tentang masalah yang wujud di dalam parti itu.

Ketika mengumumkan peletakan jawatannya, Najib berkata keputusannya dibuat selepas mengambil kira kekalahan teruk BN dan situasi politik semasa. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut